Antologi Puisi : Di Bawah Percikan Arunika
4:26 PTGBismillahirrahmanrrahim.
Agak lama juga Amie tidak kongsikan perkembangan dalam berkarya. Ada beberapa buah antologi cerpen da anekdot yang belum sempat dijadikan entri. Untuk kali ini Amie kongsikan Antologi Puisi Di Bawah Percikan Arunika terbitan Sanggar Nurimas Enterprise.
Antologi Puisi : Di Bawah Percikan Arunika |
Amie tidak pandai bermain bahasa. Amie memang meminati puisi tetapi tidak berupaya untuk melangkah jauh dalam dunia ini. Zaman remaja dahulu pernah hantar sajak ke akhbar Berita Harian dan terbitlah sajak berjudul Harga Sebuah Puisi (1989). Idea itu muncul kerana kehairanan melihat sahabat baik Amie, Nor Raudah mendapat hadiah sebanyak RM500 kerana memenangi pertandingan menulis sajak (tak ingat siapa penganjurnya... lebih kurang ESSO-GAPENA) hanya dengan menghasilkan sebuah sajak tidak lebih 20 baris! Puisi kedua menyusul 14 tahun kemudian, berjudul Cerita Ombak Kepada Pantai (2003, Daily Ekspress). Jadi, setakat itu sahajalah cerita tukangan puisi Amie.
Sekarang Amie bangkit kembali setelah sekian lama berhibernasi!
Sekarang Amie bangkit kembali setelah sekian lama berhibernasi!
Para penulis Antologi Puisi Di Bawah Arunika |
Awal tahun 2022, Amie mengikuti Bengkel Penulisan Puisi Anjuran Akademik Sanggar Nurimas. Amie peruntukkan masa dua kali seminggu untuk berbengkel pada waktu malam sehingga tamat 10 sesi. Melalui bimbingan Tuan Nurimas SN, Amie belajar semula tentang gaya bahasa seperti metafora, simile, hyperbola, antitesis, paradoks, alusi, ironi, litores dan sebagainya.
Tak sangka pula, selesai bengkel kita dinobatkan sebagai pelajar terbaik!
Begitulah! Sebagaimana kita suka membaca hasil karya yang menggunakan gaya bahasa yang sederhana, akhirnya kita pun menghasilkan puisi yang sederhana sahaja. Oleh kerana Amie tidak mahir menulis puisi, memang memakan masa jugalah untuk menulis. Kekangan waktu serta mengutamakan kerja hakiki turut menjadi cabaran untuk menghasilkannya.
Alhamdulillah, akhirnya dapatlah juga menghantar empat buah puisi di saat-saat akhir!
Empat puisi tersebut termasuklah:
- Terminal Rindu
- Teratak Kenangan
- Nyanyi Sepi Seorang Tua
- Pengemis
Puisi Nyanyi Sepi Seorang Tua dihasilkan sewaktu bengkel, dan beberapa kali diubahsuai, ditambahbaik dan dikomen oleh rakan-rakan peserta.
Proses menulis Terminal Rindu pula berlaku ketika kita melagukan nyanyian Olan, Cinta Bandar Tasik Selatan. Sebenarnya lama juga kita tak layan lagu-lagu begini. Sekali termenyanyi, terus menyucuk ke hati. Maka bermulalah susunan aksara, dan beminggu-minggu jugalah untuk menyempurnakannya!
Terminal Rindu
Terserempak di stesen usang
Tersandung rimba ingatan
Tersandung rimba ingatan
Terpunggah berkas kenangan
Menyapu keping-keping hati
Gugur berserakan di halaman pedih
Gerimis menitis mimpi terhiris
Berkurun disimpan
Berabad terpendam
Memahat lahar dendam
Memahat lahar dendam
Di terminal ini
Kupikul jenazah penantian
Kusemadikan di liang kerinduan
Kutanamkan kemboja kekecewaan
Kusiramkan titis perpisahan
Kunesankan pusara percintaan.
Pengemis |
Puisi Pengemis pula menyampaikan mesej tentang hidup kita sebagai hamba Allah, dan hasil amalan kita yang akan ditimbang di akhirat sana.
Puisi yang kita rasa sangat dekat dengan kita sudah tentulah Teratak Kenangan. Puisi ini berkisar tentang kehidupan keluarga desa yang sederhana, sudah tentunya membawa mesej kasih sayang dalam keluarga. Sewaktu menukang sajak ini, kita teringat cerita emak tentang susah payahnya arwah ayahanda mencari kayu merbau di hutan, diusung untuk dijadikan tiang....oh! Terbayang tiang seri di rumah kami. Sewaktu kita hendak rombak rumah, Bonda kita pesan sambil berlinang air matanya. Mak minta ruang hadapan rumah jangan dirobohkan. Mak teringat arwah bapa kamu susah payah masuk hutan, jatuh bangun (nungsang jempalik) seret kayu merbau nak dirikan tiang rumah.
Teratak Kenangan
Tunjang teratak ini
Tiangnya merbau kegigihan
Sangga gelegar dugaan
Tonggak lantai kehidupan
Dindingnya anyaman pelepah kumbar
Dipaku tepas bilah-bilah sukar
Jendela angin menyambut semilir
Tirai pelangi kasih terukir
Bumbungnya rumbia ketabahan
Disusun atap kesabaran
Menepis fitrah alam
Terik mentari dan tempias hujan
Nyedar beradu di bantal kekabu
Di sudut dapur aroma dihidu
Di sudut dapur aroma dihidu
Disaji rebusan ubi
Di cangkir bahagia dituang kopi
Di pangkin anjung kelibat ayah
Mengelap keringat lelah
Mengalun qasidah di perkarangan senja
Seri seribu kedut di wajah
Sigai berpasak jenjang teratak
Daun pintu kenangan diselak
Luasnya sebolos usungan keranda
Menghantar ayahanda ke pintu syurga
Bonda dan keluarga dari Perak. |
Gambar minggu lepas. Bonda kita (duduk) ketika saudara-mara kami datang ziarah dari Hutan Melintang, Perak. Di bahagian bumbung rumah yang berwarna gelap itu adalah ruangan yang Bonda tidak benarkan ubahsuai termasuk tingkap dan tangga. Itulah kenang-kenangan peninggalan hasil tukangan arwah ayahanda. Ayahanda bina sendiri rumah kami. Sudah lebih 21 tahun ayahanda meninggalkan kami.
Pemenang Hantaran Terbaik Di Bawah Percikan Arunika |
Orang kata rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia nampak di mata... eh, betulkah? Rezeki kita hari ini dapat kiriman hadiah daripada Sanggar Nurimas Enterprise. Oleh kerana hantaran antologi puisi ini mendapat paling banyak like, jadi kita menjadi pemenang pertama. Ada dua lagi pemenang kedua dan ketiga serta seorang pemenang hantaran kreatif. Terima kasih sifu Nurimas SN dan warga kerja SNE.
21 comments
Wah! Hebat! Tumpang bangga!
BalasPadamTerima kasih Uncle.
Padamlps bengkel dinobatkan pelajar terbaik...tahniah
BalasPadamTerima kasih Mama Tisya.
PadamTahniah puan.. Semoga lebih banyak menghasilkan karya untuk diterbitkan pada masa akan datang.
BalasPadamTerima kasih Encik Fairus.
PadamTahniah atas kejayaan kak Amie. Bukan mudah berpuisi ni tau. Saya minat tapi belum berani hantar karya ke mana-mana. Moga dapat hasilkan lebih banyak karya lagi
BalasPadamTerima kasih Sal.
PadamWah Tahniah kak Amie 👏
BalasPadamPandai berpuisi.
Tersentuh hati saya baca pasal rumah tu.
Terima kasih Ujie.
PadamTahniah Kak Amie. Semoga terus berkarya💖
BalasPadamTerima kasih Faizah.
PadamTahniah, Kak AMie. Dalam jalan2 cari penat tu, masih segar ideanya. Rumah tu, tentu banyak nostalgia, kak Amie. Tengok bumbung pun cukup utk melepaskan rindu, sebab tu bonda tak bagi tukar bumbungnya.
BalasPadamTerima kasih SK.
PadamKenangan dan rindu itu amat menjerat rasa.
Tahniah kak, boleh berguru dengan kak PI ni kalau nak berpuisi nampaknya kak.
BalasPadamTerima kasih Dana. Kak PI sudah tahap pro.
PadamMenarik bahasa puisi kak Amie. Kalau saya, lagilah tak pandai berbahasa. huhu...
BalasPadamTahniah kak Amie, teruskan berkarya :)
Terima kasih Fizah.
PadamHebatnya Cikgu berpuisi...
BalasPadamWah,lagu Olan....CBTS tu sangat mengusik jiwa
TBS & BTS banyak kenangan nya
Sekadar cuba-cuba saja Mama Cella.
PadamLagu tu memang berhantu!
Tahniah Kak Amie, semoga kak amie terus berkarya...
BalasPadam