Jom Makan di JDS Cafe
7:49 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kisah beberapa minggu lepas, sewaktu hendak pulang kerja ringan mulut bertanya pada Cikgu Johnny. Di mana tempat makan yang sedap? Cikgu Johnny cadangkan makan di JDS Cafe yang terletak di Bandar Seri Perdana, sebaris dengan Hot Plate Restaurant.
Sampai di JDS Cafe rupanya JDS itu singkatan perkataan Jom Datang Sini!
Jom masuk dalam.
Wah, ada menu Nasi Ayam Geprek, Nasi Ikan Geprek! Setakat ini kita belum pernah cuba 'geprek' sebab katanya sambal geprek sangat pedas.
Seperti biasa, kami minta lemon shoi.
Nasi Goreng Ayam Lalap |
Dari kecil kita selalu dengar Bonda kita sebut 'lalap' yang bermaksud sayur atau ulaman yang dimakan mentah. Rasanya kalau disebut nasi lalap, sudah tentu banyak ulaman mentahnya.
Kita pula jadi Firdaus untuk sementara waktu.... ahaks! Tiba-tiba teringin pula makan udang goreng salut tepung! Maka datanglah pinggan berisi enam cucuk udang goreng bersama kentang goreng.
Set Udang Goreng |
Alhamdulillah.
Terima kasih Encik Suami kerana sudi menemani kita makan tengah hari.
10 comments
Menarik deko kedai.
BalasPadamUdang tu siap bercucuk macam sate, lebih mudah nak makan agaknya.
deko dia sangat welcoming
BalasPadamkesukaan Daus tu ayam n kentang goreng
BalasPadamJDS.. Jom datang sini. Menarik menunya tu, kalau Firdaus tau mommy makan kentang goreng tak ajak dia, mahu merajuk tu, kak Amie.
BalasPadamNampak sedap semua menu nya kak oi
BalasPadamBersih dan selesa kwdainya serta pilihan makanan atau menu pun boleh tahan ye kak
BalasPadammenu simple tapi nampak kesedapannya tu
BalasPadamOhh JDS Jom Datang Sini. Nasi lalap agak kurang ulaman dia. Lemon Shoi dan kak Amie berpisah tiada. hihi...Tiba tiba bertukar jadi Firdaus ye.
BalasPadamDeko an lating sama cantik. Eh ingatkan nasi ayam lalap tu banyak sayuran atau ulaman. Sedapnya ayam geprek, tapi saya pun tak kuat pedas. makan hujung jari je
BalasPadamsedap nmpk udang goreng tu.
BalasPadam