Nasi Mandi Penampang
7:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kami sambung perjalanan dari Ranau terus ke Penampang. Sebaik sahaja meninggalkan selekoh Hot Spring, hujan mula turun renyai-renyai. Kalau sepanjang perjalanan dari Lahad Datu ke Ranau, matahari bersinar terang, tetapi dari Kundasang ke Tamparuli, suasana jalan berkabus tebal. Semua pemandu memasang lampu masing-masing dan memperlahankan kenderaan.
Alhamdulillah, kami sampai ke Gardens Condominium pada pukul 5 petang. Sewaktu kami sampai, Fairuz masih berada di Keningau kerana menghantar bekalan ikan. Petang itu kami bertiga makan malam di Restoran Nasi Mandi Penampang.
Nasi Mandi Ayam & Nasi Mandi Kambing |
Restoran Nasi Mandi Penampang |
Firdaus tidak mahu memesan makanan. Katanya, tidak ada kentang goreng dan makanan yang disukainya. Dia hanya minta milo nai sahaja.
Cendol Kacang Merah |
Chinese Tea & Milo Nai |
Nasi Mandi Ayam |
Nasi Mandi Kambing |
Puas kami pujuk supaya Firdaus pesan apa sahaja makanan yang disukainya, tetapi tetap juga tidak mahu. Apabila sampai hidangan yang kami pesan, Firdaus terus sentuh Nasi Mandi Kambing kita!
Bismillah. |
Hidangan nasi mandi untuk seorang memang agak banyak. jadi, makan berdua dengan Firdaus pun tetap kenyang!
Kabus sepanjang jalan. |
Teringat betapa tebalnya kabus sepanjang perjalanan dari Kundasang sehingga ke Tamparuli!
16 comments
Berkongsi lebih seronok kan sis :)
BalasPadamBerkongsi itu mengasihi... yang mengasihi sanggup berkongsi hihihii.
PadamAda hikmah Firdaus tak nak order. Kalau tak membazir pulak. Wah tebalnya kabus. Kena hati-hati memandu
BalasPadamLebih satu jam memandu dalam kabus tebal.
Padamportion nasi arab mmg besar buat perut kita org malaysia kan kak hehe
BalasPadamKalau diikutkan sajian orang Arab memang besarlah portionnya.
PadamCikgu Amie ni penggemar nasi Arab agaknya...Kena dok di Arab ni..hihihi..
BalasPadamDaus kena dok Amerika sebab suka fries..hihihi..
Sebut Hot Spring tu saya terbayang pokok buluh nya besar,-besar sungguh..saya tak pernah jumpa lagi disemenanjung
Perut dah lapar, jadi masuk sajalah mana-mana kedai makan yang terdekat. Kebetulan ada kedai nasi arab, tu yang terus masuk saja.
PadamHaaa... banyak pokok buluh di kawasan tu. Belakang rumah Ros ada serumpun!
Daus dah plan nak makan Nasi Mandhi dengan mommy. Lagipun Daus dah jadi peminat kambing nampaknya 😍😍
BalasPadamEncik Suami selalu kata, Firdaus tu kalau belum nampak makanan sebenar di depan mata, memang dia tak mahu minta, kecuali ayam goreng dengan kentang goreng.
PadamSuasana pun tak menentu sekarang. Kalau hujan tak dapat nak kemana mana sangat. Kesian Firdaus tak ada makanan favourite dia. Mujur juga dia nak makan nasi dengan mommy. Banyak betul porsi nasi tu..Sedulang bukan sepinggan dah.
BalasPadamYa, kenyang juga makan berdua dengan Firdaus, tapi dia habiskan banyak kambing.
Padamtebal sungguh kabusnya...bahaya kalau orang tak pandai nak handle stereng macam ammi ni yg drive.
BalasPadamtengok nasi mandy tu mmg besar portion nasinya walaupun ayam & kambingnya nampak agak kecik
Kan. Kena pasang lampu sepanjang jalan berkabus.
Padambesar jugak portion dia ya. syu pernah try nasi mandi ayam dia, sedap juga. nanti nak cuba kambing pula.
BalasPadamKambing dia lembut juga Syu.
Padam