Komen Tak Muncul di Ruangan Komen Blogger? Mari Kita Atasi Masalah Ini.

3:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kita rasa terpanggil untuk kongsi sesuatu bersama rakan-rakan tentang masalah komen tidak muncul di ruangan komen blogger. Sebenarnya kita bukanlah mahir dalam menyelesaikan masalah ini, tetapi kita harap dengan paparan entri ini sedikit-sebanyak dapat membantu mengatasi masalah sendiri dan masalah rakan-rakan blogger. 

Hari ini kita baca komen DANA yang mengatakan banyak komennya tidak keluar dalam ruangan komen blogger. Masalah Dana itu kita pun sering hadapi sewaktu hantar komen di blog rakan-rakan yang lain. Sebagaimana kata Dana, rasa penat tulis komen tapi tak muncul, kita pun rasa begitu juga. Memang penat baca dan nak fahamkan apa yang rakan blogger tulis, kemudian berfikir pula untuk tulis komen. Setelah komen ditulis, dan hantar, tak keluar pula. Kalau Amie, bukan sebuah atau dua buah blog, tapi banyak! Lupa nak kira berapa banyak dan blog siapa. Tak ke rasa sakit hati? Tulis lagi, dan hantar lagi, juga tak keluar lagi. Berganda sakit hatikan? Kecewa sangatlah sebab komen rakan blogger lain keluar, tapi tidak ada komen yang sudah penat-penat kita tulis... ahaks!

Itu sebabnya kita setiap hari (jika berkesempatan) kita akan log in Blogger ke ruangan komen. Jika ada komen daripada rakan-rakan blogger yang dikategorikan sebagai spam, kita akan terbitkan dan keluarlah komen tersebut dalam ruangan komen Blogger. Cuma, tidaklah dapat kita sepanjang waktu berkesempatan masuk ke ruangan tersebut. 

Maaf ya, kita kongsi apa yang kita tahu saja sebab banyak perkara yang kita tak tahu. Kalau boleh dimanfaatkan, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, kita susun jari sepuluh memohon maaf.

Baiklah, mari kita log in Blogger > Comment (kalau dalam versi Bahasa Inggeris). Kita guna HP dan versi Bahasa Melayu. Perhatikan bulatan dan anak panah warna merah dalam setiap gambar di bawah ini.



Klik tanda palang tiga itu.

Kemudian klik "Ulasan". Kalau rakan-rakan gunakan Bahasa Inggeris, mungkin ditulis "Comment".

 


Kemudian muncullah paparan seperti di atas, dan klik tiga titik bertindih itu.


Seterusnya akan keluar paparan dua pilihan sama ada 'padam' atau 'bukan spam'. Kalau komen itu kita yakin bukan spam, jadi kliklah 'bukan spam'.


Selepas itu akan keluar pilihan sama ada 'batal' atau 'terbitkan'. Jadi, bolehlah kita klik terbitkan supaya komen kawan-kawan kita keluar dalam ruangan komen blogger.

Komen-komen Dana yang tidak keluar, sekarang semuanya sudah boleh dibaca kerana kita sudah semak ruangan ulasan dan terbitkan. 

Entahlah! Tak faham juga kita kenapa komen-komen terus ditandakan sebagai spam. In syaa Allah, kita akan cuba pastikan segala komen yang ditinggalkan rakan-rakan akan keluar dalam ruangan komen blogger. Moga perkongsian ini turut memberi manfaat kepada blogger yang lain. Cubalah sesekali log in ke ruangan komen, mana tahu ada komen-komen rakan blogger yang ditandakan sebagai spam!

34 comments

  1. agaknya dia serabut tengok budak ni asik komen je banyak kali itu dia tanda spam kak hahahahhaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dana. Kalau tak ada angin tak adalah daun bergoyang hahahaaa. Dengan asbab beginilah Kak Amie boleh kongsikan serba sedikit cara untuk atasi masalah ini. Lagi pun, tak semua blogger perasan ada komen ditandakan spam dalam ruangan blogger mereka.

      Padam
  2. Lepas tu jadi berganda-ganda lah komen dana ada banyak di setiap entri, maaf ye kak. Terima kasih juga bantu cuba selesaikan kot ada jadi dekat blog dana juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba Dana log in blogger ke ruangan komen. Mana tahu ada komen rakan-rakan lain yang sangkut di situ. Kesian pula rakan-rakan blogger kalau ada komen mereka yang disembunyikan di situ.

      Padam
  3. So far SA xde masalah ni lagi..cumanya masalah SA blog yg SA letak kat Sidebar tu dia jadi lain x macam sebelum ni..xde tajuk keluar dan kawan2 yg aktif pun turun ke bawah bukan dia appear ikut blog mana yg rajin update atau ada update terbaru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Samalah dengan Kak Amie, tak ada keluar tajuk-tajuk terkini dalam blog link kat tepi tu. Entah apa masalahnya.

      Padam
    2. betul tu kat blog Ana pun jd mslh mcm tu & sbb tu gatak tgn usik sana sini tukar template lah segala bagai tp tup2 blog Ana yg kat list kwn2 pulak tak naik latest update post.. hermmm mcm2 mslh pulak muncul =P

      Padam
    3. Saya pun tak berani dah nak usik-usik 'aksesori' blog. Takut terusik sikit lain jadinya hihihii.

      Padam
    4. Pernah jadi gini 2 minggu lepas rasanya. Biar je nanti dia ok sendiri, dalam kes sy lah. Sbb memang tak reti bab teknikal ni tapi syukurlah dia elok semula.

      Padam
  4. Memang selalu tengok pada bahagian sampah (spam) mana tahu ada komen sangkut.
    Rasanya komen banyak-banyak setiap pos pun boleh masuk dalam spam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun selalu tengok kalau-kalau ada komen kawan-kawan yang sangkut di situ.

      Padam
  5. betul tu kak amie... kadang klu dah byk komen sampai x perasan komen mana yg dah publish komen mana yg belum... mmg terpaksa check satu satu setiap kali nk publish komen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja dengan robot kan Ret. Sama saja, manusia pun tak ada yang sempurna hehehee.

      Padam
  6. Selalu masuk komen tu tapi jarang jumpa titik 3 tu tapi ada komen bila klik dah masuk tong sampah. Tak paham agaknya nak komen lepas tu rasa tak sesuai terus masuk tong sampah. Saya selalu cuba untuk jawap komen kengkawan semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya guna simbol lain kot Notie yang titik tiga tu. Saya pun tak berapa arif bab IT ni hihihiii.

      Padam
  7. Bagus amie....kalau tak, tak tahu pun komen masuk tong spam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Notie. Terima kasih banyak-banyak kat Dana yang timbulkan hal ini. Kalau tak, kita pun sama-sama tak perasan kan Notie.

      Padam
  8. Saya dah lama menghadapinya kak Amie. Lepas tulis komen saya akan copy siap². Lepas publish tengok komen muncul ke tidak. Kalau tak ada saya paste semula sampai komen muncul. Kadang tengok dah muncul, esok esok komen tu hilang dah takde. Pelik betul. Tak tahulah apa masalahnya entah. Sabar je lah. Gigih juga tinggalkan komen walau kadang potong mood sebab komen tak muncul. huhu.. Kat spam tu memang tengok selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah. Rasanya dari tahun lepas saya mula perasan masalah ini. Lepas itu kalau ada masa memang saya periksa kalau-kalau masuk tong spam. Memang potong mood betul kan Fizah. Nak buat macamana lagi pun tak tahulah.

      Padam
    2. Masih tak jumpa jalan penyelesaiannya lagi. Kita hadap je lah selagi mampu. Rasa bersalah kalau tak membalas kunjungan. Tetap juga nak tinggalkan komen walaupun lambat singgah kadang :)

      Padam
  9. Blog saya pun banyak komen yang terpenjara dalam spam. Sekali-sekala memang kena periksa dan ‘bebaskan’ komen-komen tu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang sebaiknya kan Farrah. Kita perlu hargai komen kawan-kawan yang memeriahkan blog kita.

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah perkongsian ilmu tksh amie

    BalasPadam
  12. Saya kerap check spam, sbb memang biasa komen kawan2 masuk situ.

    Saya ada masalah lain pulak, ada blog yang langsung tak boleh buka di tablet (saya blogging guna table). Termasuklah blog kak Amie. Kalau nak jalan2 blog kak Amie, saya kena buka guna hp.

    Blog MrsA pulak langsung tak dapat buka di tab & hp. Sama macam blog wak Lat. Tapi sejak wak Lat buat blog baru, dah ok takde masalah.

    BalasPadam
  13. Sy agak, komen tu tersampuk mambang, tu pasal jadi spam, hihihi.

    BalasPadam
  14. Terima kasih atas perkongsiannya, Kak Amie. Lupa nak ucap terima kasih, dah terus klik 'terbitkan'. Ni semua mambang punya pasal.

    BalasPadam
  15. Terima kasih Cikgu atas perkongsiang ilmu ni kepada saya sebelum ni..
    Benda simple tapi kalau cikgu tak bgtau..saya memang tak tU
    Memang sangat membantu..

    BalasPadam
  16. Saya pun pernah jugak menulis tentang ni Kak Amie: https://www.coffeebreakwithme.com/2022/07/ada-komen-yang-kena-filter-spam.html

    Mmg kena selalu jenguk dekat bahagian komen & tgk komen2 yg tak published tu.

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas perkongsiannya Kak. Sy mmg tak pernah check. Lepas ni nak buatlah...

    BalasPadam
  18. Oh patut la tengok kat komen ada tapi bila klik nak reply tengok kat post takde. Rupanya dia masuk spam. Google tadi jumpa entry ni. Terima kasih sangat membantu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe