Jalan-Jalan Cari Pizza
10:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi. Mambang rajin sudah lari ke pangkuan tuannya di Tanah Jauhar. Jadi, terpaksalah orang LD jalan-jalan cari makan. Biarlah dapur tak berasap buat beberapa ketika kerana sebagai mansia biasa kita pun adakalanya rasa letih melakukan rutin hidup sehari-hari.
Jumpa lagi. Mambang rajin sudah lari ke pangkuan tuannya di Tanah Jauhar. Jadi, terpaksalah orang LD jalan-jalan cari makan. Biarlah dapur tak berasap buat beberapa ketika kerana sebagai mansia biasa kita pun adakalanya rasa letih melakukan rutin hidup sehari-hari.
Mari singgah di Rumpun Selera Restaurant yang jauhnya tidak sampai 500 meter kalau jalan kaki ikut lorong tikus dari rumah kami. Kalau naik kereta, lebih satu kilometer jaraknya. Kena jalan susur keluar, jumpa traffic light dan jalan terus, belok kiri. Destinasi anda berada di sebelah kanan, kata aplikasi WAZE.
Kita teringin makan pizza yang berkerak nipis. Pilih-pilih topping, kita pilih pizza tuna. Kami minta dua jenis minuman iaitu lemon shoi panas dan milo nai.
Milo Nai |
Lemon Shoi Panas |
Hari ini Firdaus nampak letih!
Selalunya budak kecil ini sangat gembira apabila minuman milo nai yang dipesannya tiba di meja.
Chicken Chop. |
Firdaus pilih chicken chop. Sayangnya seolah-olah kurang selera makannya.
Kalau makan kentang goreng, memang dialah orangnya! Cuma, kali ini setelah habis kentang goreng dalam pinggannya, hanya 1/4 chicken chop masuk ke mulutnya.
Inilah pizza tuna berkerak nipis yang kita minta. Encik Suami suka makan sebab di bawah lapisan keju itu diletak banyak capsicum.
Firdaus hanya memerhatikan sahaja, dan tidak 'mengacau' seperti selalu.
Set Udang & Sup Mushroom
Biasanya Firdaus akan 'kacau' kentang goreng orang lain, tapi kali ini dipelawa makan dari pinggan babanya, dia tak mahu.
Inilah hidangan idaman Encik Suami, set udang yang mengandungi roti dan sup mushroom. Memang licinlah sup yang panas itu oleh Encik Suami seorang, cecah roti dan hirup!
Udang goreng ini sebahagiannya masuk mulut kita. Firdaus pula tak mahu makan walau seekor!
Kenapalah sayang Mommy tak ada selera makan kali ini?
Kita tak dapat habiskan pizza tuna sebab kita tolong makan chicken chop Firdaus, dan bantu makan udang goreng Encik Suami.. Lebihannya kita minta bungkus bawa pulang.
13 comments
Kenapa Firdaus tak selera makan..tak sihat ke?
BalasPadamMenu² semua nampak sedap dan menyelerakan.
Firdaus letih, sekolah pagi hingga petang.
PadamLemon Shoi panas tu lemon kosong ke?
BalasPadamMinuman lemon panas tanpa gula.
Padambestnya kak kedai makan dekat dengan rumah, menu nya nampak sedap betul tu kak oi. Milo nai tu milo suam ke camne kak? Kenapa Daus tak selera makan dah kenyang atau kepenatan baru balik sekolah.
BalasPadamMilo nai tu Milo susu. Penat balik sekolah tu Dana.
PadamWow..menarik nama..Lemon Shoi...Milo Nai...
BalasPadamApa maksudnya cikgu?
Nanti pi minum nak minta Lemon Shoi jugak..hihihi
Sedapnya pizza..
Daus tak minat pizza yer
Lemon shoi- lemon panas tanpa gula.
PadamMilo nai - Milo panas campur susu.
Sedapnya pizza tuna penuh topping dan kaya capsicum dengan kerak nipis. Alahaii..firdaus penat agaknya sampai kurang selera makan.
BalasPadamSedap pizza kerak nipis. Ya, Firdaus penat, mengantuk pula.
PadamKenapa tu, Daus? Selalu Daus kan suka kacau makanan mommy. Atau Daus nak onion rings eh?
BalasPadamLemon Shoi tu, Lemon Madu ke?
Lemon 🍋 shoi - lemon panas tanpa gula.
Padamsedapnya pizza. tiba2 terasa nak makan pizza juga ni..
BalasPadamalahai, firdaus tak sihat ke tu. nmpk tak berselera..