Kuih-Muih Tradisional Mewakili Budaya Pelbagai Kaum di Sabah

5:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Maha Suci Allah yang menjadikan manusia, bersuku-suku dan berbangsa. Darinya kita dapat saling kenal-mengenal melalui budaya hidup yang pelbagai terutamanya makanan. Kalau di tempat kita, beras pulut dibuat ketupat palas. Di Sabah, kita terjumpa beras pulut dibuat kelupis dan juga buras. Bahan asasnya sama tetapi diolah dalam bentuk yang berbeza. Ketupat palas dibungkus menggunakan daun palas. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik, manakala buras dibungkus dengan daun pisang!

Walaupun Encik Suami sudah beri amaran jangan beli macam-macam sebab tempat letak kereta jauh dari tamu, sempat jugalah kita belibeberapa jenis makanan tradisional yang dijual di: TAMU GAYA STREET KOTA KINABALU. Kebetulan pula ibu dan ayah Haziq sekeluarga datang dari LD dan bermalam Gardens Condominium juga. Bolehlah kuih-muih yang dibeli dijadikan kudapan petang.

Makanan yang sempat dibeli di Tamu Gaya Street Kota Kinabalu.


Antara hasil buruan di tamu:
  • Kelupis
  • Lemper
  • Kocong
  • Sate Hati Buyah
  • Penyaram @ Penjaram
  • Tapai Nasi



Kuih Kelupis


Kuih Kelupis:
  • Kelupis Inti Udang
  • Kelupis Inti Daging
Biasanya Amie hanya jumpa kuih kelupis kosong tanpa inti, dan makan dengan kuah kacang atau rendang / kari  daging / ayam. Kali ini jumpa kuih kelupis berinti pula! 

Kelupis Inti Udang

Kelupis Inti Daging

Kuih Lemper & Kuih  Kocong Pelbagai Inti

Kuih Kocong

Kuih Kocong:
  • Kocong Inti Kacang
  • Kocong Inti Ayam
  • Kocong Inti Daging

Kuih Lemper Inti Daging

Sate Hati Buyah

Beli juga sate hati buyah @ kelempung. Yang kata hati buyah itu penjualnya. Kita tulis saja hati buyah. Jangan baca 'buaya' tau! Aduhai sate buyah! Sudahlah  sedap, lembut pula! Cukup rasa. Kenapalah beli 10 cucuk saja... ahaks!

Kuih Penjaram Pandan dan Gula Merah.

Tidak ketinggalan beli kuih penyaram @ penjayam @ paniaram @ topi mexico @ kuih topi @ cucur jawa. Unik betul nama kuih ini. Di sini disebut lain, di sana namanya lain. Kecil dan comel bentuknya. Kalau di Lahad Datu, saiznya besar-besar dan harganya RM2.00 untuk dua keping. Di tamu, kita jumpa saiz kecil, RM2.00 dapat enam keping.

Kuih Penjaram Pandan.

Kuih Penjaram Gula Merah.

Tapai Nasi Manis

Kita biasa makan tapai pulut dan tapai ubi kayu, tetapi tak pernah makan tapai nasi. Melihat keunikannya dibungkus dalam daun keladi, kita pun beli sebungkus. Teringat tapai pulut Bonda kita buat, biasanya dibungkus dalam daun getah. 

Tapai Nasi Manis.

Inilah rupai tapai nasi manis dalam bungkusan daun keladi. Sedap rasa tapai nasi manis ini.

Rucoh Tapai Nasi Manis.

Tapai nasi manis ini kita buat rucoh! Bonda kita suka buat rucoh untuk berbuka puasa. 
Semoga perkongsian kali ini ada manfaatnya. Walaupun dipisahkan Laut China Selatan, namun gambar-gambar yang dipaparkan dapat memberi info untuk tatapan bersama. Mana tahu, suatu hari nanti rezeki Allah Taala, dapat datang ke Negeri di Bawah Bayu. Sekurang-kurangnya sudah dapat sedikit-sebanyak gambaran tentang makanan tradisi di sini.

Dengan izin-Nya, dapatlah Amie kumpulkan beberapa jenis makanan tradisional dalam satu hidangan untuk santapan petang:
  • Kelupis - kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei (termasuk Sabah & Sarawak)
  • Lemper - kuih tradisional masyarakat Jawa
  • Kocong -  ketupat Cina
  • Tapai Nasi Manis - Kadazan-Dusun
  • Penjaram - kuih tradisional masyarakat Bajau

21 comments

  1. Uniknya makanan sana. Ada bermacam jenis daun untuk membungkus.

    Saya dah 2x ke Sabah, tapi tak jumpa makanan yang diceritakan. Mungkin sebab tak pergi ke pasar yang besar. Setakat pasar malam di Tenom saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain daerah, lain jualan di tamunya sebab setiap kaum tertumpu di daerah yang berbeza.

      Padam
  2. Balasan
    1. Agaknyalah hati...dah begitu kata penjualnya, tapi saya rasa bukan hati hihihiii.

      Padam
  3. Harap-harap saya dapat rasa. Itulah pernah pergi Sabah tidak pernah makan makanan Puan Amie nyatakan kecuali penyaram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makanan tradisional tidak sama di semua daerah. Lain daerah, lain kaumnya, dan lain makanannya.

      Padam
  4. Keren, ada penjaram seperti di Indonesia. Ada tapai nasi yang unik. Dan lain-lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah rantaian budaya nusantara kan Bonda Nur. Ada yang sama, walau sedikit beza.

      Padam
  5. saya penasaran dengan kelupis, kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelupis itu asalnya makanan tradisional masyarakat Melayu Brunei.

      Padam
  6. Suka sangat tengok kepelbagaian kuih-muih bumi Borneo yang masih mengekalkan keaslian rupanya. Kalau sy pun rambang mata, semua pasti dibeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang kalau kuih-muih tradisional ni pupus kan SK.

      Padam
  7. tapai nasi tu boleh buat air ya. first time syu nampak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Syu. Bonda kita selalu buat waktu bulan puasa untuk berbuka.

      Padam
  8. Dalam bebanyak makanan Borneo...
    Tapai nasi,tekak saya belum dapat terima..🤭tak tau kenapa padahal tapai pulut dan tapai ubi saya makan..
    Tapi minuman tapai tu menarik la pula..
    Daun keladi yang buT bungkus tapai tu pun cantiknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali makan tapai nasi, saya boleh terima.
      Ada jenis daun keladi tertentu yang digunakan untuk bungkus tapai nasi tu. Besarkan saiz daunnya.

      Padam
  9. Memang unik masakan kaum-kaum di Sabah. Rasanya saya kena pergi Sabah lagi sekali baru dapat makan semua kuih-kuih ni

    BalasPadam
  10. Macam macam nama kuih tradisional. Datang sana kena cuba jenis jenis kuih ni. Lebih tu kena refer blog kak Amie. hehe..cantik kak Amie gayakan dan susun dalam pinggan lalu digambarkan.

    BalasPadam
  11. semuanya menarikkkkk!!! semua sedapppp...nak belajar bungkus kuih2 kat mana agaknya ya kak?😀

    BalasPadam
  12. Dana sangat suka mencuba makanan tradisi negeri lain atau bangsa lain. Ada orang yg tak boleh terima makanan yang lain dari biasa tapi dana suka. Suka mencuba, setiap kali balik kampung memang ke pasar pagi atau pasar tani lah dituju utk cuba pelbagai kuih dan makanan tradisi mereka, kalau singgah mana2 pun sama. Kira dana ni senang bela lah orangnya hahahh

    BalasPadam
  13. Kelupis Lemper Kocong semua tu first time saya dgr kak.. sabah negeri yg tak penah lagi saya jejak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe