Dating dengan Si Dia di Secret Recipe
11:29 PGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila kita sudah mengada-ngada tidak mahu pandu kereta sendiri, Encik Suami pun tak boleh nak kata apa.... ahaks! Setelah hantar, terpaksalah ambil pula dari tempat kerja. Kesempatan ini kita gunakan untuk goda Encik Suami makan tengah hari di luar. Bukan apa. Sampai rumah nanti masih banyak kerja hakiki yang perlu dibereskan. Tak mahulah masuk ke dapur hihihiii.
Hari Jumaat lepas, kita tunggu Encik Suami ambil kita setelah selesai solat Jumaat. Kemudian kami belok arah ke bandar LD untuk cari alas perut. Kami tuju ke Secret Recipe.
Ehsan : Gambar di pintu masuk SR. |
Makanan yang telah dipesan. |
Duduklah merpati dua sejoli di sudut restoran, memesan makanan yang ada sebab ada makanan yang tidak ada. Kemudian sembang-sembang tentang anak-anak. Dari cerita Farid & Aseeyah yang akan balik bercuti hujung tahun nanti, membawa kepada perancangan menghadiri konvo Fuad pada awal Disember di UTHM. Meleret kisah Fairuz pula. Harapnya Fairuz dapat ikut serta ke Johor nanti. Kami terbang dari LD, dan Fairuz terbang dari Kota Kinabalu. Seterusnya, tertawa lucu apabila Encik Suami bercerita tentang kalutnya Firdaus yang tukar pakaian sekolah agama di dalam kereta setiap hari. Maklumlah pagi sekolah agama, petang sekolah rendah. Tidak sempat hendak pulang ke rumah bertukar pakaian.
Tidak lama kemudian, datanglah satu demi satu makanan yang dipesan.
Air Bandung Selasih. |
Ice Plum Lime |
Nasi Ayam Black Pepper. |
Encik Suami leka dengan HP baharunya. Makanan di hadapannya pun tak dipeduli, maklumlah teruja masih dengan KEJUTAN ANAK-ANAK UNTUK ENCIK SUAMI!
Moist Chocolate Cake |
Sebelum makan berat, kami nimati dahulu sepotong Moist Chocolate Cake yang ditambah dengan ais krim coklat.
Seafood Spring Roll. |
Apabila makan Seafood Spring Roll ini teringat Firdaus. Suka sangat budak kecil itu makan popia yang kecil comel ini. Kalau sudah dia nak makan, janganlah sesiapa berani ambil walau sebatang! Kalau dengan kita tak apa...ahaks! Makan berdua dengan Encik Suami tapi kitalah yang makan lebih.
Triple Cheese Pizza |
Kita makan Triple Cheese Pizza, kegemaran Firdaus. Kalau Firdaus boleh habiskan sekeping pizza ini, Amie pun boleh habiskan juga tapi dengan syarat, Encik Suami kena tolong makan sama!
Kisah merpati dua sejoli tamat di sini.
Terasa semakin hari semakin sunyi!
Hanya menanti anak-anak sesekali menjenguk kami.
Terasa semakin hari semakin sunyi!
Hanya menanti anak-anak sesekali menjenguk kami.
10 comments
Sweettttt...🐜🐜
BalasPadamSeronok melihat merpati dua sejoli terbang ke sana ke mari...hinggap sekejap di sicret recepi..boleh gantung periuk kuali..hihihi
Wah,banyak perancangan hujung tahun ye cikgu..Semoga dimudahkan urusan
Cantiknya rima hujung Mama Cella...
PadamSeronok melihat merpati dua sejoli
terbang ke sana ke mari...
hinggap sekejap di sicret recepi.
.boleh gantung periuk kuali
Saya yang baca ketawa sendiri hihihiiii.
Alaaa.. toksahlah sebut merpati tua.. hahahahahaha.
BalasPadamItulah..... kita terikut-ikut si folan sebut dirinya tua, padahal lebih muda dari saya. Tak bestlah kan SK, belum bongkok tiga pon hihihiii. Kak Amie buang dah yang tua tu, baru sedap baca kan.
PadamAlololo sweetnya Cikgu Amie.
BalasPadamMacam tu ler bila anak2 makin membesar, last2 tinggal berdua je. Mujur ada Firdaus boleh buat gaduh2😁😁
Sesekali dating. Bila makan mesti teringat anak anak bila bersembang. Tengah nak belajar guna hp baru tu. Tak biasa lagi. Lain hp lain features dia :)
BalasPadamSedap menu yang dipesan. Kita ni kadang nak makan macam-macam. Yang kena tolong habiskan encik suami. hehehe...
Sweetnya dia dating. Sesekali kan. Tapi lumrah ibu, apa-apa mesti ingat anak jugak.
BalasPadamMudah tergoda encik suami akak untuk makan di luar heheheh. Yelah mudahkan kerja bila dah siap-siap makan ye kak. Bila Daus takde sekali puas la akak makan popia tu dan pizza tu kan, kalau tidak kena pesan lain lah kan.
BalasPadammesti meriah kalau semua dapat berkumpul di majlis konvo Fuad nanti kan kak. Dapat juga berjalan di semenanjung nanti kan kak.
BalasPadamMakan berdua macam berjanji temu.
BalasPadamKongsi-kongsi makan.