Nasi Briyani Pakistan Memang Sedap!
8:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Pekerja di Restoran Pakistan beritahu kami, nasi briyani hanya ada pada hari Jumaat sahaja. Jadi, kita pun sengaja cari pasal lagi dengan meminta Encik Suami tumpangkan kita naik keretanya ke tempat kerja. Jadi, ada alasan ambil kita balik. Kita pun sabar menanti Encik Suami solat Jumaat. Oleh kerana waktu zohor masuk sebelum pukul 12 tengah hari, jadi awallah pula selesai solat Jumaatnya. Pukul 12:45 tengah hari, Encik Suami telefon kita, beritahu supaya kita bersedia ke luar pagar sebab bila-bila masa sahaja dia akan sampai.
Kami terus menuju ke Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan.
Alhamdulillah! Masih ada nasi briyani.
Ada lauk ayam. Ada lauk ikan. Kambing sudah habis!
Pertama kali makan nasi briyani Pakistan.
Mungkinkah ada beza dengan nasi briyani yang selalu kami makan di kedai mamak?
Encik Suami makan nasi briyani ayam, dan kita minta nasi briyani ikan.
Nasi Briyani Ayam Pakistan |
Nasi Briyani Ikan Pakistan. |
Nasi briyani kami datang bersama lauk yang diminta, ditambah sedikit acar timun campur lobak. Itu sahaja. Ringkas bukan lauk-pauknya? Harganya RM12 satu pinggan. Bagaimana pun kami memang berpuas hati kerana rasa nasi briyani yang sangat sedap! Tidak terlalu rasa berempah, dan habis licin kami santap! Amie tak tahu rasa ayam di pinggan Encik Suami sebab nak habiskan ikan di pinggan sendiri. Ikannya pun memang sedap, lembut dan sedikit berempah.
Di sebelah meja kami, duduk seorang lelaki tempatan. Dia meminta briyani lauk kambing tetapi pelayan restoran kata, kambing sudah habis. Kesian pula apabila dia berkata: Saya tunggu nasi briyani kambing dari minggu lepas lagi! Dalam perjalanan pulang, Encik Suami beritahu kita, lelaki tadi minta dua pinggan nasi briyani ayam!
Agaknya memang sedap sungguhlah nasi briyani Pakistan di Restoran Nasim Kham itu.
Inilah Lemon Shoi, minuman kegemaran kami. Ramai rakan-rakan blogger yang tanya, lemon shoi itu apa? Lemon shoi ialah minuman lemon panas tanpa gula.
Encik Suami ini kan, dimintanya sup kosong. Mungkin sudah terbiasa makan berhidang dengan sup kosong, jadi dicari jugalah sup kosong di kedai Pakistan!
Eh, tulis entri pasal nasi briyani Pakistan, tiba-tiba terbau aroma kebab Pakistan! Agaknya mahu tak kalau ajak Encik Suami cari kebab Pakistan esok?
16 comments
SA baru nak tido sambil- sambil layan blog...sekali lapar daaa...aduyaiii sedapnyaaaa
BalasPadamSedap ni SA. Tak muak. Habis licin.
PadamNampak simple..tapi biasanya yang simple tu lebih ringan dan ori rasanya.
BalasPadamNanti kalau makan kat luar,saya nak try minta Lemon Shoi jugak lah..
Agak-agak depa faham ke tak?🤭🤣
Simple tapi sedap. Hahaaa... cuba minta lemon shoi, apa reaksi pelayan restoran.
Padamoo..ada beryani ikan rupanya...first time dengar... Saya pun suka yang tak berapa kaw sangat rasa rempahnya. Suka yang mild aje.
BalasPadamSebenarnya banyak jenis lauk nasi beriani. Cuma, kita biasa dengan ayam atau kambing saja.
PadamYang baca ni pun terbau-bau jugak. Unik beriani ikan, saya tak pernah makan
BalasPadamNasi beriani sebenarnya boleh dipelbagaikan lauknya. Selain ayam dan kambing, ikan, udang, telur pun boleh.
PadamBetullah.. nasi briyani Pakistan ada rasa tersendiri dan kurang berempah.
BalasPadamKan. Saya pun jatuh cinta dengan beriani Pakistan pulak dah.
Padamlambat mmng habis la, tambah2 sedap kan huhuhu
BalasPadamItulah... dalam seminggu hari Jumaat saja ada nasi beriani.
Padamnasi beriani nya memang takde kuah kari atau kuah dalca ye kak? selalu kalau makan di kedai mamak nasi beriani nya ada kuah jugak... mesti sedap betul nasi nya tu sampai ada yang menunggu lama tu kak
BalasPadamMemang tak adalah kot sebab itu saja yang dihidangkan.
PadamNasi beriani tu memang sedap Dana.
Nampaknya dah jadi kedai makan favourite kak Amie ni. Belum pernah lagi makan nasi beriyani ikan. Rasa macam jarang jumpa nasi beriyani dengan lauk ikan. Kalau dah kena dengan selera, pasti akan singgah lagi. Agaknya kambing cepat habis sebab sedap. Lagipun menu ni hari jumaat je. Dah tentu ramai yang datang awal kan kak Amie. Semoga ada rezeki makan nasi beriyani kambing pula nanti.
BalasPadamnampak sedap briyani pakistan ni. msti sedap betul kambing, sampai cepat habis ya..
BalasPadam