Sarapan Nasi Lobak Merah
7:22 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semuapengunjung setia Amie's Little Kitchen. Pagi ini LD mendung! Matahari bersembunyi di balik awan kelabu. Apa pun, kena tolak selimut. Tentu banyak aktiviti hendak dilakukan sepanjang hari ini. Jangan lupa, alas perut terlebih dahulu sebagai pembekal tenaga.
Kali ini Amie kongsikan menu sarapan pagi kami pada minggu lepas. Jalan-jalan cari makan ini di tempat biasa, Rumpun Selera yang tidak jauh dari taman perumahan kami. Firdaus hendak makan nasi kuning. Sayangnya kami keluar agak lewat, dan nasi kuning sudah habis. Nasi lemak pun licin sama!
Terpandang seorang pekerja restoran meletakkan dulang berisi nasi lobak merah. Kita ambil nasi lobak merah, bubuh hati ayam masak kicap dan tambah acar mentah. Firdaus pula makan nasi putih dengan sambal dan ayam goreng. Menu sarapan pagi kami termasuklah idli dan roti telur. Alhamdulillah. Sarapan berat ini membuatkan perut kami kenyang sampai ke petang!
Nasi Lobak Merah |
Tak sabar Firdaus hendak menjamah sarapannya.
Bismillah.
Besarnya buka mulut dik!
Nasi Lobak Merah + Hati Ayam Masak Kicap + Acar |
Idli & the Gang |
Suka chutney!
Setelah Firdaus licinkan pinggannya, barulah sampai roti telur Encik Suami. Kemudian datang pula milo nai Firdaus, dan lemon shoi kami.
Nak dengar cerita Mama Cella tentang lemon shoi. Sudah order lemon shoi kah.... ahaks!
Firdaus dengan milo nai. |
Pagi ini Encik Suami kata nak jalan-jalan cari teh Pakistan!
17 comments
Selamat berhujung minggu Kak Amie:)
BalasPadamPernah makan nasi lobak merah semasa jamuan raya.
Sedap nasi lobak merah, penuh aroma.
PadamHahaha...belum keluar sarang lagi hari ni Cikgu...
BalasPadamPlan hari ni nak ke UPM jap..Dah 10 hari tak pi jenguk langsung🤭
Nanti kalau dah keluar boleh la cuba order Lemon Shoi🤣
Bagus minum lemon shoi untuk kesihatan. Kan Mama Cella.
Padamsedapnya sarapan pagi selamat berhujung minggu
BalasPadamTerima kasih Kak PI. Jemput ye.
PadamHappy weekend Kak Amie.. cepatnya dah Ahad. esok kerja semula heheheh
BalasPadamCepatnya masa berlalu kan Faizah.
PadamWeekend dah nak hbs huhuhuhu syedih
BalasPadamItulah... macam tak puas berhujung minggu.
Padamtak pernah jumpa lagi di sini nasi lobak merah. kat pekan nanas ni pun mendung aje beberapa hari ni
BalasPadamNampak macam nasi tomato gitu ya nasi lobak merah tu kak, makan dengan acar memang regu dia tu lah ye. Geram tengok ayam goreng Daus tu nampak ranggup betul tepungnya tu ya. Dana hujung minggu duduk rumah je kak, Edy dah dari minggu lepas asyik kerja je hujung minggu pun.
BalasPadamMacam manalah rasa nasi lobak merah ya?
BalasPadamNasib baik ada menu lain walaupun nasi kuning sudah habis.
licin Firdaus makan bila ada ayam goreng kegemaran. senang bila makan breakfast heavy, tenahari tak erlu kalut cari lunch pulak
BalasPadamWeekend jalan jalan cari makan luar best jugak. Baru tahu ada menu nasi lobak merah. Macam menarik je tu. Waah..licin pinggan Firdaus tu. Bagus dia makan habis. Pagi pagi smart betul :)
BalasPadamkak amie... lapar laa tgk hati masak kicap tuuuuu
BalasPadamsenang dah breakfast makanan berat. nanti tengahari tak lapar dah. hehe
BalasPadam