Singgah Makan Selera Korea di DubuYo
7:33 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Allah al- Badi' (Maha Pencipta) tidak menjadikan setiap ciptaan dan kejadian itu dengan sia-sia. Sudah diciptakan manusia dengan sebaik-baik rupa, diizinkan-Nya pula interaksi sesama manusia dari serata pelosok dunia melalui pelbagai cara pula! Ya, salah satunya sudah tentu melalui makanan! Marilah berkenal-kenalan dengan hidangan dari negara kimchi.
Kali ini kami singgah di DubuYo, salah sebuah restoran makanan halal yang berkonsepkan Urban Korean Food di IMAGO Shopping Mall. Setelah penat berbelanja, perut rasa lapar pula. Hari pun sudah menjelang petang. Baiklah makan dahulu sebelum pulang ke Gardens Condominium.
Apa yang dapat dibayangkan apabila berada di restoran makanan Korea?
- Bibimbap
- Japchae
- Toppokki
- Kimchi
Firdaus memang sukakan makanan Korea!
Apabila dibawa masuk ke DubuYo, terus nampak bertenaga!
Memang nampak menarik cara sajiannya. Comel-comel mangkuk banchan di sisi makanan utama. Terakhir makan makanan Korea pada Mac 2022 lepas sewaktu menghadiri mesyuarat selama lima hari di Kota Kinabalu. Amie bersama kawan-kawan makan di Seoul Garden, Suria Sabah Shopping Mall.
Jom kita masuk ke dalam restoran. Di sini kami berasa agak selesa kerana tidak perlu beratur untuk masuk sebagaimana pelanggan lain yang sabar berbaris di luar kebanyakan restoran. Oh, ya! Pada hari (Isnin), memang penuh sesak dengan orang ramai dan hampir semua restoran penuh dengan pelanggan! Maklumlah, hari cuti perayaan Deepavali.
Kami memilih Meal Set For 2. Minta daging, tak mahu ayam.
Firdaus pula hendak makan Cheese Toppokki.
Firdaus pula hendak makan Cheese Toppokki.
Senarai semak menu yang dipesan. |
Sementara makanan yang dipesan tiba di meja, kita jamu mata dengan gambar-gambar di dalam buku menu. Banyak jugalah menu yang ditawarkan. Semuanya nampak sedap belaka.
Ice Peach Tea & Roasted Barley Tea Cold. |
Tidak lama menunggu, datanglah tiga gelas minuman sejuk.
Gelas pertama, paling depan berisi Ice Peach Tea, minuman pilihan Firdaus.
Dua buah gelas yang beratur di belakangnya ialah minuman kami, Roasted Barley Tea Cold yang termasuk dalam Meal Set For 2.
Kalau sayang Mommy selalu senyum begini, senang hati Mommy!
Meal For 2 sudah sampai di meja.
Honey Garlic Beef Bulgogi |
Beef Soondubu Jigae |
DubuYo Rice |
Banchan 1 |
Banchan 2 |
Banchan 3 |
Sup |
Cheese Toppokki |
Firdaus tak sabar hendak makan cheese toppokki. Sebelum hidangannya sampai, hampir separuh mangkuk Beef Soondubu Jigae masuk perutnya!
Firdaus pandai makan menggunakan chopstik. Abang farid, Fuad dan Fairuz pun boleh gunakan chopstik. Kita dengan Encik Suami sahaja yang kekok tak lulus gunakan chopstik.
Bismillah. |
Honey Garlic Beef Bulgogi ini sangat lembut. Barangkali hirisan dagingnya yang nipis, membuatkan senang dikunyah.
Banyak juga kita kaut daging ke dalam mangkuk nasi.
Entah di mana sedapnya, habis licinlah kami makan! Nasi dan lauk-pauk yang masih panas itulah barangkali yang membangkit kelazatan hidangan Korea ini. Segala isi banchan pun habis kami tibai.... ahaks!
Abang Aznan di sebelah restoran DubuYo. |
Sebaik sahaja kami selesai makan, tiba-tiba terdengar seseorang memanggil Firdaus! Apabila toleh ke belakang, rupanya Abang Aznan yang memanggil! Kebetulan pula restoran DubuYo tidak berhalangan (tidak berdinding).
Firdaus! Mari makan ais krim! Panggil Abang Aznan lagi. Di satu sudut, ahli keluarga sedang menikmati aiskrim.
Cepat-cepat Firdaus lari keluar dari restoran!
Firdaus! Mari makan ais krim! Panggil Abang Aznan lagi. Di satu sudut, ahli keluarga sedang menikmati aiskrim.
Cepat-cepat Firdaus lari keluar dari restoran!
DubuYo. |
Kakak ipar (mama Abang Aznan) sedang makan aiskrim.
Kalau boleh semua orang Abang Aznan belanja makan aiskrim.
Firdaus dengan aiskrim pilihannya.
Terima kasih Abang Aznan. Nampaknya hari Isnin itu, dua kali Abang Aznan belanja kami di IMAGO.
13 comments
Berapa umur Abg Aznan tu sebenarnya? Sebelum ni sy salah orang, hahahaha.
BalasPadamSy pernah sekali makan di Dubuyo ni, layankan anak tekak si Iman tu la, hehehe.
Tak perasan pula berapa umurnya. Dalam 35 begitu kot hihihii. Saya kahwin tahun 1994, dia masih sekolah rendah.
PadamSK tanya umur Abang Aznan..Saya nak tanya umur mama abang Aznan pula..Nampak muda dan cantik...
BalasPadamAgaknya kalau Abang Aznan masuk Dubuyo ada tak yang ingat dia orang Korea?🤭
Agaknya juga kalau kita ada situ dibelanjanya sekali makan ais krim..🤣
Mama Abang Aznan umur 62 pada 25 Oktober baru-baru ni.
PadamHahaha... kalau adiknya, memang ada rupa Korea sikit.
Abang Aznan akan belanja semua orang yang ada bersama. Sesungguhnya.... hehehee.
aiskrim pencuci mulut sedap tu
BalasPadambestnya makan makanan korea hehehe
BalasPadamnampak muka firdaus yg x sabar2 nak mkn tuuuu😀
BalasPadamsedapyaa.. dah lama tak mkn di sini. favourite syu Honey Garlic Beef Bulgogi tu..
BalasPadamPandai rupanya Puan Amie makan makanan Korea dan tahu apa makanan yang ingin dipesan pertama kali masuk Duboyu.
BalasPadamSenyuman manis Firdaus. Layan juga ye dia makanan korea. Berselera tengok Firdaus makan. Pandai dia makan pakai chopstick. Abg Aznan pun dah rupa bos bos korea dah. Abang Aznan yang pemurah :)
BalasPadamseronok semuanya pandai makan makanan korea..ada geng lawan makan
BalasPadamNampak sedap semua makanannya kak oi, lepas tu nampak berselera betul Daus makan. Pandai dia makan dengan chopstik ya kak... macamnelah tak makin kaya raya abg Aznan tu ye kak... suka sangat belanja orang makan kan.
BalasPadamsaya tak penah lagi makan kat sini.. daus mmg food explorer la..
BalasPadam