Makan Roti Nan dengan Daging Cincang di Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan

9:28 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Sepatutnya hari ini balik waktu petang dari tempat kerja kerana ada lawatan orang-orang dari KPM, JPN dan PPD. Memang tak senang duduklah beberapa hari lepas sebab kita menjadi guru mentor sejak Mac lepas dan perlu membimbing guru baharu (mentee). Pementorannya pula lain macam! 360' bezanya dari zaman kita mula-mula jadi warga 'sekolah'.   Segala laporan secara online dan fail mesti lengkap dengan pelbagai isi! Tiba-tiba pukul 10:40, kita dipanggil sewaktu berada di kelas. Katanya rombongan pemantau akan sampai pada pukul 11 pagi!

Semua guru mentor dan guru mentee tepuk dahi! Ada guru mentor dan guru mentee mengajar sidang petang! Tak ke kalut dibuatnya dengan pelbagai kemungkinan dalam perjalanan! Sepatutnya pementoran pukul 2 hingga 4 petang, dipercepatkan tiga jam awal!

Itulah cerita hari ini yang tak berapa sedap didengar! Dan tak mahulah kita mengenang kembali. Seksa!

Dan kebetulan setelah tamat pemantauan, kita telefon Encik Suami dan katanya urusannya hari ini sudah selesai. Dengan alasan stress kena pantau, kita ajak Encik Suami makan tengahari di sebuah restoran Cina Muslim di bandar. Sayangnya, apabila kami sampai, restoran tutup!

Kami pun patah balik ikut jalan menuju ke rumah. Di pertengahan jalan, kami singgah di kedai makan Pakistan. Kami masuk ke Restoran Nasim Khan Makanan Pakistan.

Roti Nan & Keema Daging (Daging Cincang)


Nampak harga yang dipaparkan sangat berpatutan, lebih murah berbanding harga makanan di kedai lain. Kita pun pesan:

  • Roti Nan + Daging Cincang + Kacang Kuda + Sayur Bendi
  • Nasi Goreng Pakistan
  • Teh Pakistan
  • Lemon Panas
Roti Nan RM2.50.

Roti Nan + Daging Cincang + Kacang Kuda + Sayur Bendi



Teh Pakistan RM3.00

Nasi Goreng Pakstan RM8.00


Walau pun kedai makan Pakistan, tetapi mereka lengkapkan hidangan dengan semangkuk sup kosong! Sewaktu Encik Suami bayar harga makanan di kaunter, pekerja di situ bertanya kepada Encik Suami tentang rasa makanan di situ. Bagus jugalah beramah mesra dengan pelanggan dengan mengajukan pertanyaan begitu.

Oleh kerana daging cincang sedap, roti nan panas-panas, kacang dhal habis licin kita makan, Encik Suami kata nanti boleh datang lagi!




8 comments

  1. Tudiaaaa...dengar pun penat,apatah lagi yang melaluinya...
    Semoga dimudahkan urusan.

    Sejuk-sejuk ni teringin pula nampak naan & keema tu.Nasi goreng dia pun nampak boleh tahan macam nasi goreng patayya ka nasi goreng selimut ka depa panggil..

    BalasPadam
  2. sangat menggoda set yang akak ambil tu, dekat sini kenapa lah takde macam tu ye hahahah

    BalasPadam
  3. Sedapnya. Saya suka roti nan. Kalau dapat, tak makan nasi pun takpe.

    BalasPadam
  4. roti nan panas sedap makan dengan kuah dhal sat ja licin

    BalasPadam
  5. My son pun tgh practical di sekolah. ada mentor n mentee. kalut lah tiap hari balik dr sekolah.

    best ni amie. i mmg penggemar food pakistan ni. dah serasi tekak dgn food pakistan ye. nnt2 boleh lah ke Pakistan.

    BalasPadam
  6. Biasa roti nan kat restoren Pakistan sedap-sedap dan ada pelbagai jenis.

    BalasPadam
  7. Mencabar profession seorang pendidik zaman sekarang. Banyak tugasannya. Tak dapat makanan chinese, pakistan pun bolehlah. Mujur kena dengan selera. Hilang sikit stress :)

    BalasPadam
  8. murah jgk roti nan di sana, dan nampak sedap daging cincang dia..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe