Kalau Ada Sumur di Ladang : Antologi Anekdot Santuni Persahabatan
5:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di petang Jumaat yang tenang, redup dan nyaman.
Amie ingin kongsikan hasil karya yang agak lama diterbitkan (Mac 2022) tetapi baru hari ini berkesempatan untuk dijadikan entri.
Buku ini berjudul Kalau Ada di Sumur di Ladang dalam edisi Antologi Anekdot Santuni Persahabatan. Diterbitkan oleh SYFE Management, di bawah editor Munsyi Muhamd Musip dan penyelenggara Amirah Alimuzar.
Antologi Anekdot Santuni Persahabatan : Kalau Ada Sumur di Ladang |
Seramai 22 orang penulis bergabung menghasilkan antologi ini. |
Karya kita berjudul Rimbun Kenangan di Sumur Rindu dengan pembahagian tajuk-tajuk kecil:
- Pokok Jambu Mawar Arwah Atuk Aku
- Lauk Apa?
- Telur Oh Telur!
- Rindu
Pokok Jambu Mawar Arwah Atuk Aku |
Kisah Pokok Jambu Mawar Arwah Atuk Aku menceritakan kenangan sewaktu pulang dari sekolah rendah. Kawan kita, Norma namanya. Orang Banjar (sama seperti SK Tanah Jauhar), ajak kita petik jambu mawar arwah atuknya. Rupanya dibawanya kita ke kubur arwah atuknya! Di situlah kami petik jambu mawar yang tumbuh tepi kubur atuknya!
Lauk Apa? |
Kisah Lauk Apa? pula menceritakan kenangan kita bersama Maya. Setiap hari Maya tumpang naik basikal kawan-kawan untuk ke sekolah menengah. Jauhnya lebih kurang 15 kilometer! Kadang-kadang Maya menangis kerana kawan-kawan tidak mahu tumpangkannya naik basikal bersama-sama. (Ini kita tak tulis dalam cerita, tetapi kita tulis di sini sebab teringat kisah Maya). Dalam kisah Lauk Apa? yang tak dapat kita lupakan ialah tentang Maya yang setiap hari bawa bekal ke sekolah. Waktu rehat Maya selalu menyendiri, bawa bekalannya dan kunyah perlahan-lahan. Suatu hari kita bawa bekal nasi lemak. Kita dekati Maya dan tanya, bawa bekal apa?
Kita sangat terkejut kerana Maya tunjukkan bekalannya berupa nasi putih tanpa lauk! Itulah bekalannya setiap hari!
Eh, nak menitik pula air mata kita taip entri ini.
Itulah Maya, salah seorang kawan baik kita semasa remaja dahulu. Rezeki Allah siapa yang dapat menduga. Akhirnya Maya berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang guru. Terakhir kita jumpa Maya, sewaktu Abang Farid bernikah pada 30 Oktober 2021.
Itulah Maya, salah seorang kawan baik kita semasa remaja dahulu. Rezeki Allah siapa yang dapat menduga. Akhirnya Maya berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang guru. Terakhir kita jumpa Maya, sewaktu Abang Farid bernikah pada 30 Oktober 2021.
Seterusnya, kisah Telor Oh Telur.
Kisah ini berlaku sewaktu kita hendak menduduki peperiksaan STPM. Menjelang waktu peperiksaan, kami belajar hingga larut malam. Tinggal di asrama, memanglah makanan pun kena catu, makan ikut waktu. Biasanya kalau lapar, kami panaskan air gunakan water heater untuk rendam mi segera. Malangnya ada satu malam, kami kehabisan bekalan mi segera.
Kisah ini berlaku sewaktu kita hendak menduduki peperiksaan STPM. Menjelang waktu peperiksaan, kami belajar hingga larut malam. Tinggal di asrama, memanglah makanan pun kena catu, makan ikut waktu. Biasanya kalau lapar, kami panaskan air gunakan water heater untuk rendam mi segera. Malangnya ada satu malam, kami kehabisan bekalan mi segera.
Kita terpandang telur ayam di dapur asrama. Jadi, kita cadangkan dengan Norly untuk ambil telur ayam tersebut dan rebus gunakan water heater. Seterusnya bolehlah baca d bawah ini:
Telur Oh Telur! |
Entah di mana Norly sekarang ini. Kita ingat lagi, kadang-kadang Norly ambil ikan bilis di dapur asrama dan ratah begitu sahaja sambil mengulang kaji pelajaran! Kita pula pernah ambil ikan kembung goreng, lebihan makan malam yang terletak di dalam besen di dapur!
Rindu |
Kisah Rindu pula, Amie pahatkan kenangan bersama Cikgu Hanifah. Memang erat sungguhlah persahabatan kami berdua, bagaikan isi dengan kuku. Setiap pagi Hanifah datang paling awal ke sekolah. Hanifah bawa sarapan. Separuh Hanifah makan, dan separuh lagi ditinggalkan untuk kita. Biasanya Hanifah bawa nasi goreng dan mi goreng. Tak kisahlah makanan apa pun yang Hanifah bawa, kita tetap makan penuh selera hingga habis!
Beberapa tahun kemudian Hanifah berpindah ke Tawau mengikut suaminya. Hilanglah dia dari pandangan mata, dan tiada lagilah sarapan yang ditinggalkan untuk kita. Sedih sangat perasaan kita.
Cikgu Hanifah sudah pencen awal pada bulan Mei lepas, dan pindah balik ke Johor. Moga kita dapat bertemu lagi dengan Hanifah.
11 comments
ayat wajib tu bila kirim surat he hee rinduu zaman surat menyurat
BalasPadamIndahnya zaman surat-menyurat dulu kan Cik Nur.
PadamMenarik, gaya bahasanya, olahan ceritanya 👍
BalasPadamSy pun teringin nak jumpa kawan-kawan lama :)
Terima kasih PH. Seronok kalau dapat jumpa kawan lama kan.
PadamBaca petikan anekdot Kak Amie macam selalu dengar nama nama yang disebutkan dalam blog sebelum ni. Seronok dapat membukukan kenangan.
BalasPadamApabila ada peluang menyertai aktiviti penulisan, memang ambil kesempatan abadikan dalam karya.
PadamTersedak Sk tau, hihi.
BalasPadamSedih kisah nasi tak berlauk tu. Sy ingat dulu seorang blogger cerita, kawannya makan lauk sardin (ceduk terus dari tin) campur garam pun dah sedih.
Eh, rindu pulak nak makan jambu mawar cicah kicap dan gula.
sy tertarik pada frasa : "Orang Banjar" sebab saya juga Orang Banjar hehehe
BalasPadamTerbaik puan.. Sudah banyak karya diterbitkan.
BalasPadamBaru tau SK orang Banjar..🤭
BalasPadamIngakan wong jowo..🤭
Walaupun perit tapi semua dugaan tu melahirkan insan-insan hebat macam kawan-kawan kak Amie
BalasPadam