Cerita Dari Kondo
8:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun kami menginap selama empat malam di Gardens Condomonium bersama Fairuz, namun boleh dihitung dengan jari berapa kali dan berapa lama kami berjumpa.Hari Sabtu malam Ahad, ketika kita sedang tidur, Fairuz yang baru pulang dari mengurus ikan di Keningau masuk ke bilik, salam dan peluk cium kita. Keesokan paginya, kami tidak sempat berjumpa kerana Fairuz dan Haziq menghantar bekalan ikan di pasar raya sekitar Kota Kinabalu. Hari Ahad, malam Isnin, jumpa seketika dan di antara pukul 11 malam sehingga pukul 3 pagi, Fairuz mengambil ikan dari kapal. Tempoh yang agak lama itu digunakan untuk memilih dan menimbang ikan mengikut permintaan setiap pasaraya. Biasanya tong akan penuh, dengan muatan seberat 1,000 kilogram ikan pelbagai jenis.
Kebetulannya hari jadi Haziq jatuh pada 24 Oktober 2022, bersamaan pada hari Isnin. Pada malam itu kami meluangkan masa makan malam bersama. Pada ketika itulah Firdaus dapat bermesra-mesra dengan Fairuz. Teringat sewaktu mula-mula Fairuz bekerja di Kota Kinabalu, Firdaus selalu menangis kerana rindukannya.
Fairuz dan Firdaus. |
Fairuz ketika usia 12 tahun. |
Begitu pantas waktu berlalu. Rasa tak puas mengasuh anak-anak yang kini sudah dewasa. Sudah tentulah apabila dikenang kembali saat itu, akan rasa terharu! Ya Allah! Lindungilah anak-anak kamu walau di mana mereka berada. Hanya kepada-Mu tempat kami berserah dan bergantung harap.
Oleh kerana asyik menyongket setiap hari, tidak dapatlah menemani Fairuz untuk mandi di kolam renang yang letaknya di tingkat 8 kondo. Kami berada di tingkat 16. Ambil gambar sahajalah mana yang dapat dari tingkap bilik kami.
Pemandangan sekita kondo di waktu pagi.
Kereta dengan tong ikan warna biru nun di sana! |
Oleh kerana tempat letak kereta Fairuz sudah kami tempatkan kereta kami, jadi Fairuz terpaksa parking keretanya di tempat lain. Mungkin dia sengaja letakkan di tempat yang boleh dilihat dari tingkap kondo.
Ikan Tuna atau Ikan Tongkol? |
Semasa dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, Fairuz sempat telefon : Mommy nanti masak nasi kuning ya. Ada sudah saya sediakan ikan tuna dengan ikan putih!
Rasanya dua ekor ikan putih sudah dimasak oleh ibu Haziq untuk majlis hari jadinya. Yang Amie jumpa, dua ekor ikan tuna / tongkol!
Encik Suami kata itu ikan tongkol.
Fairuz kata, itu ikan tuna dari Kudat.
Fairuz kata, itu ikan tuna dari Kudat.
Abang Aznan kata, itu ikan tongkol gred A.
Kita pun tak tahu mana satu yang betul!
Kita pun tak tahu mana satu yang betul!
Disebabkan tidak ada masa untuk masak di rumah, Amie beritahu Fairuz mungkin tidak jadi masak nasi kuning.
Kalau begitu, tidak adalah gunanya saya simpan ikan tuna itu.
Seolah-olah kecil hati pula bunyi suaranya.
Kalau begitu, tidak adalah gunanya saya simpan ikan tuna itu.
Seolah-olah kecil hati pula bunyi suaranya.
Okey...okey... nanti Mommy masakkan nasi kuning. Nanti Mommy dengan Baba cari bahan untuk masak nasi kuning.
Pandai tersenyum pula selepas dengar kita berjanji. Ya Allah, mudah-mudahan ada waktu terluang untuk masak nasi kuning sebelum berangkat pulang ke Lahad Datu.
14 comments
Hai kak Amie, lama saya tak berkunjung kesini. Kalau kami di Indonesia sebutnya juga ikan tongkol, hehehe rasanya sedap bila diberi bumbu pedas
BalasPadamHai juga Naia.
PadamTerima kasih atas kunjungan.
Dapat tak masakkan nasi kuning tu, Kak Amie. Kesian pulak Fairuz, tentu rindu mommy masakkan nasi kuning kegemarannya.
BalasPadamItulah... baik siang, baik malam asal nak angkat periuk, telefon bertalu-talu memanggil makan bersama anak buah hahahaaa.
Padamfairuz lama tak mkn nasi kuning air tangan kak amie tu..
BalasPadamBetul tu Syu.
PadamTuna...Tongkol..
BalasPadamTuna ...Tongkol..
Hahaha..kompius sudaaaa..
Sedapnya Nasi Kuning...tak boleh jadi ni
Manjanya Daus dapat jumpa abang Fairuz..
Nanti nak study tuna, nak study tongkol juga. Tak perasan pula perbezaannya.
PadamSemoga ada rezeki Fairuz makan nasi kuning masakan bonda. Rajin betul dia bekerja. Tidur beberapa jam sahaja tu
BalasPadamSibuk sungguh Fairuz. Begitulah kalau dah sibuk, tak dapat nak bermesra lama lama. Cepat masa berlalu, Firdaus pun nampak besar dah bergambar dengan Fairuz. Fairuz rindu masakan mommy tu yang minta nasi kuning tu. Macam macam nama ye. Jadi confused nak tahu identiti ikan.
BalasPadamikan tongkol😁😁😁 uiiu bz betul tu fairuz
BalasPadamHarap mommy dapat masakkan nasi kuning untuk Fairuz😊
BalasPadamIkan aye kak heheheh.... gitulah bukan takde dijual di kedai nasi kuning tu tapi masakan emak tu yg special
BalasPadamfresh ikan tu, tentu fairus seronok ibu masak. muka Fairuz dan Firdaus. sama la
BalasPadam