Dua Kali Makan Sotong Kangkung & Menyendol
11:33 PGBismillahirrahmanirrahim.
Isnin, 24 Oktober 2022. Firdaus sudah kembali sihat. Malam sebelumnya, kami dijemput makan malam di rumah Abang Aznan. Encik Suami dan Firdaus makan bersama mereka. Amie tak dapat menyertainya kerana Amie menghadiri zoom meeting. Jadi, Amie duduk dalam bilik di kondo. Nampaknya Encik Suami balik agak lewat, sebab kita sudah tertidur.
Encik Suami bangunkan kita. Katanya, Ery (isteri Abang Aznan) bekalkan nasi dan lauk-pauk untuk kita. Allahu Akbar! Rasa lapar pula di tengah malam! Kita pun makan dengan penuh selera nasi putih lauk ayam goreng, sambal hijau dan sayur lemak kobis dengan kacang panjang.
Pesanan yang dibawa oleh Encik Suami, esok pagi sarapan di rumah Abang Aznan!
Begitulah Abang Aznan!
Begitulah Abang Aznan!
Jadinya, selepas sarapan pagi bersama Abang Aznan sekeluarga termasuk ibunya (kakak ipar) dan adik-adik Abang Aznan, kami terus bergerak ke Shopping Mall IMAGO. Tempat pertama kita masuk sudah tentulah kedai buku POPULAR. Tak banyak pilihan buku untuk dibeli. Dapatlah tiga buah untuk dibaca-baca apabila ada kelapangan.
Kami singgah basahkan tekak dengan cendol dan ABC di restoran. Isi perut juga dengan kudapan seperti popia dan sotong kangkung.
Cendol, ABC, sotong kangkung & popia. |
Cendol |
ABC |
Sotong Kangkung |
Popia |
Kemudian jalan-jalan dan naik turun escalator, mencari itu dan ini. Namanya pun shopping kan. Hari ini memang dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan dan shopping saja.
Berhenti sebentar di ruangan pentas. Entah ada apa orang ramai-ramai di sini. Kita pun tak pasti apa benda Demon Storm itu.
Firdaus sempat bergambar di tepi pentas.
Firdaus nampak lembik pula hari ini.
Firdaus nampak seperti tidak bertenaga sampai terduduk di tiang.
Tiba-tiba kami terserempak dengan kakak ipar dan yang lain. Mereka pesan supaya nanti kami datang makan bersama. Kami berpisah buat seketika kerana haluan berbeza. Abang Aznan telefon dan minta kami datang ke tempat makan yang letaknya berhadapan dengan panggung awang. Allahu... rupanya tempat kami menyendol dan makan sotong kangkung beberapa jam sebelumnya!
Firdaus kembali ceria apabila bertemu dengan Ita, Mei Mei dan Iskandar.
Kami pun makan sekali lagi di sini. Menu yang sama diminta: Sotong kangkung dan cendol, dan juga popia serta mi udang. Jahat! Sotong kangkung tu, kita makan sotongnya saja. Encik Suami tolong habiskan kangkungnya.
Kemudian kami berpisah dengan tujuan masing-masing. Amie ingin meneruskan pencarian membeli kasut dan baju untuk Firdaus. Sebelum pulang, kami mencari tempat untuk isi perut. Jadi, balik kondo, perut sudah kenyang!
12 comments
Hahahha.. patutlah sy tak nampak mana sotongnya 🤣
BalasPadamHahaa... teruk betul kan.
Padamsotong ghaib ye, tinggal kangkung sahaja. Demon Storm tu anime kot kak? Tak pun game? Ala kesian Firdaus. nampak monyok je muka
BalasPadamTak perasan pula apa benda Demon Storm tu sebab tumpuan keluar masuk kedai hihihiii.
Padamwah kak amie di KK ke baru-baru ni. sedap ke sotong kangkung situ? xpernah syu try lg..
BalasPadamKak Amie makan sotong dengan kuahnya saja Syu...kangkung makan juga, tapi letak tepi sikit hihihii.
PadamTerliurnya cendol dan sotong kangkung tu...
BalasPadamTelan ayaq lioq...
Daus..kenapa tu...tunggu Ita,Meimei dan Iskandar ke...hihihi
Penat tu Mama Cella. Ikut Mommy & Baba menyongket seluruh mall... kah!
Padammengancamlah laa kak ABC dia tuuuu👍👍
BalasPadamAbg Aznan oh Abg Aznan..suka menjamu dan belanja. Nak menolak pun tak sampai hati kan. Alhamdulillah Firdaus dah makin sihat tu, baru seronok jalan jalan. Dua kali makan menu sama di tempat sama. hehe...Rezeki jangan ditolak :)
BalasPadamkalau makanan nya sedap repeat banyak kali pun tak pe ye kak... itulah ingatkan akak amik masakan tumis kangkung rupanya sotongnya sudah kene pancing ye hahahhah.
BalasPadamsedapnya sotong kangsung dan cendol. mee pun sedap.. uish semua sedap la
BalasPadam