Jalan-Jalan Cari Makan Tengah Hari di Station Seafood Restaurant Kudat
8:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung lagi cerita yang terputus di Pantai Ba-Bak. Kami terus menuju ke Station Seafood Restaurant Kudat yang terletak di Jalan Petronas. Abang Aznan cadangkan kami makan tengah hari di sini. Station Seafood Restaurant dibina di tepi laut.
Jus Epal + Lemon |
Cuaca ketika itu mendung. Langit kelihatan agak suram dengan awan warna kelabu berarak perlahan menjadi latar belakang kapal-kapal nelayan yang lalu lalang di situ. Apabila kapal nelayan bergerak berhampiran restoran, kami dapat merasakan gegarannya ketika permukaan laut dilanggar kapal dan ombaknya pecah menghempas ke tiang restoran.
Kapl-kapal nelayan berhampiran restoran. |
Ketika memandang ke bawah, terlihat ikan-ikan sedang berenang di laut hijau!
Suasana selepas hujan ketika menuju ke Station Seafood Restaurant.
Selamat datang ke Station Seafood Restaurant. |
Ketika ini ruangan hadapan restoran dipenuhi kami, 24 orang. |
Pisang Goreng. |
Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, Abang Aznan mengajak kami makan pisang goreng. Kami memilih pisang goreng biasa. Betullah kata Abang Aznan, pisang goreng di sini sangat sedap. Kalau makan pisang goreng sahaja pun tidak mengapa! Tepungnya lambut tetapi rangup. Memang sesedap rasa, ditambah pula dengan sambal tumis yang disediakan bersama. Meja yang lain memesan pisang goreng cheese. Selera di meja kami selera pisang goreng biasa.
Firdaus pula ajak kita tengok lobster.
Lobster. |
Pelbagai jenis ikan segar dibalut rapi dengan plastik. |
Sotong. |
Abalon. |
Udang Harimau. |
Ikan Kerapu Bintik. |
Ketam Bunga @ Suri |
Makanan yang dipesan pun mula datang ke meja masing-masing.
Firdaus and the Gang |
Bismillah. |
Suasana di meja kami.
Masing-masing memesan makanan dan minuman yang disukai. Ditambah dengan udang harimau, sotong dan isi ikan.
Udang Harimau Goreng. |
Sotong Goreng Telur Masin. |
Isi Ikan Masak Sos. |
Tom Yam. |
Nasi Goreng Udang. |
Nasi Goreng Udang Butter Basah. |
Nasi Goreng Udang. |
Nasi + Ayam Masak Sos. |
Nasi Goreng Biasa. |
Nasi Goreng Kampung. |
Sup Kuey Teow dengan Isi Ikan. Ini kita punya. |
Mi Basah Udang. |
Mi Goreng dengan Udang |
Ini jus tembikai kita |
Terima kasih yang tak terhingga buat Abang Aznan yang belanja kami semua makan di Station Seafood Restaurant. Memang begitulah hajatnya, kalau adik-beradik atau saudaranya datang mesti Abang Aznan hendak menjamu selera semua. Kami rasa sangat berhutang budi tetapi Encik Suami kata Abang Aznan sangat gembira dapat belanja kami semua. Sekali Abang Aznan belanja kami, seribu kali kami sudi! Tapi, sudah berkali-kali Abang Aznan belanja kami!
Alhamdulillah. Rezeki Allah.
33 comments
Jus epal lemon tu sangat menggoda!
BalasPadamSeronok dapat tengok ikan di permukaan air tu.
Kalau bawa pancing, boleh jew memancing di situ.
PadamJus Epal Lemon tu nampak sedap sungguh! Ooohhh...best kan kalau ade orang belanja. Tapi next time boleh je kita pulak belanja... Kan3x...
BalasPadamMemang sudah dirancang, belanja makan minum dan minyak untuk semua.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamNampak sesedap belaka
Terima kasih Wak.
PadamSuka makan udang...Kalau bakar pun sedap
BalasPadamUdang masak apa pun sedap.
Padamsungguh best dapat makan tepi laut...lagi-lagi klau makan beramai-ramai begitu
BalasPadamYa, santai-santai saja.
PadamSotong goreng telur masin tu nampak tempting. Tomyam kat sana nampak berbeza.
BalasPadamEntahlah, lain macam pula kuah tom yam tu. Tak pernah rupa begini di tempat makan makan lain.
PadamWow...semua menarik selera..
BalasPadamdari jus hingga seafood...
Murah rezeki Abang Aznan...Patutlah Fairuz seronok kerja dengan Abang Aznan🤭..pemurah orangnya..Semoga satu hari nanti Fairuz juga dapat jadi tokey berkat tunjuk ajar Abang Aznan...
Setelah bekerja dari syarikat swasta, Abang Aznan buka syarikat sendiri. Alhamdulillah rezeki dalam perniagaannya bertambah maju. Sesekali kami ke KK, memang dia sudah bersedia belanja semua termasuk makan minum dan minyak kereta.
PadamSeronok nya ada saudara yang sangat pemurah gitu, dari hari ke berapa asyik belanja makan je kak. Moga terus murah rezeki buat abg Aznan lah ye kak.
BalasPadamJutawan sebenarnya dia tu Dana, tapi sangat merendah. Low profile gitu. Penampilannya biasa-biasa saja.
Padampatutlah pun kak jutawan rupanya, sudahla kaya dermawan dengan saudara mara. Itu yang makin banyak rezekinya tu ye kak
PadamBerderau darah kita tengok gelas atas tiang sebatang tu, Kak Amie.
BalasPadamTerkenang keenakan makanan laut di sana, memang lain dari yang lain.
Hehehehee.... ada-ada aje Kak Amie ni kan SK. Itulah, time orang sibuk makan, kita sibuk tangkap gambar.
Padamwow makan seafood di tepi laut terbaik tu dihembus bayu nyamannya
BalasPadamWaktu itu mendung, nak hujan.
PadamSuka makan makan tempat suasana macam ni. Sambil makan sambil jamu mata sambil disapa angin laut. Tambah lagi dapat makan sedap sedap menu seafood. Pisang goreng sedap mesti buat teringat ingat kesedapannya. Kiranya xfactor kedai ni lah ada pisang goreng sedap.
BalasPadamPisang goreng tu memang sedap sangat. Abang Aznan biasa datang dan makan pisang goreng. Tu pasal beriya dia suruh kami makan.
Padamapple + lemon juice tu tempting betul...
BalasPadamgeram tengok seafood yg fresh..bilalah nak ada peluang dan rezeki ke negeri di bawah bayu ni
In Syaa Allah. Ada peluang dan rezeki datang sini nanti.
PadamUntung laaaaa... sana seafood murah!
BalasPadamTengok tempat juga Uncle. Ada juga harga tak masuk akal hahaaaa.
PadamAduh.. menggoda sungguh semua menunya.. Abalone tu memang macam tu ye.. tak bercengkerang..
BalasPadamAbalon tu sudah dikeluarkan dari cengkerangnya.
PadamKalau pergi blog Kak Amie tak terliur mmg tak sah. Menggoda betul sotong & udang goreng telur masin tu. Rindunya nak ke Sabah makan seafood murah2.
BalasPadamMarilah ke Sabah. Memang kalau datang ke Sabah ramai yang tak lepas peluang makan seafood.
PadamNasib baik air tidak hatuh masuk laut.
BalasPadamSeronok makan tengah laut tapi harap-harap tiada yang rasa mabuk laut apabila kapal lalu.
hahahaa... ada-ada jew kalau nak ambil gambar ye, sampai tak fikir gelas boleh jatuh masuk laut! Memang bergegarlah restoran tu apabila kapal lalu dekat-dekat.
Padam