Jalan-jalan Cari Makan di Anjung Selera
9:47 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sabtu, 22 Oktober 2022.
Malam. Fairuz dan Haziq serta Aman masih dalam perjalanan pulang dari menghantar bekalan ikan di Keningau.
Abang Aznan telefon Encik Suami. Ajak keluar makan. Encik Suami beritahu kami sudah makan di Nasi Mandi Penampang. Abang Aznan pesan, kalau rasa lapar dia akan bawa kami jalan-jalan cari makan.
Jam menunjukkan angka 9 malam. Kami sudah bersedia untuk tidur. Rasa letih, maklumlah seharian mengharung perjalanan.
Abang Aznan telefon lagi. Katanya, sudah ada di bawah (kondo) untuk ambil kami!
Encik Suami kata, marilah kita turun.
Abang Aznan bawa kami ke Tanjung Lipat, tuju ke Anjung Selera.
Encik Suami cadangkan kami pilih makanan yang ringan-ringan sahaja. Tengoklah nanti apa yang ada. Firdaus pula tidak mahu makan.
Nasi Ayam Kremes |
Abang Aznan suka makan masakan Jawa. Katanya, olahan masakan Jawa memang memenuhi seleranya.
Bihun Sup Ayam |
Encik Suami memilih Bihun Sup Ayam. Abang Aznan cadangkan kita cuba Coto Makasar. Kita ok saja.
Coto Makasar |
Nampaknya tidak cukup dengan makanan yang kami pesan, Abang Aznan tambah lagi sayap ayam panggang dan udang goreng.
Udang Goreng. |
Oleh kerana Firdaus tidak mahu makan, jadi Abang Aznan ajak Firdaus beli makanan di McDonald. Sekali lagi Abang Aznan minta kami pilih apa-apa makanan yang kami suka. Aduhai Abang Aznan!
Eh, SK Tanah Jauhar sanggupkah jadi adik angkat Abang Aznan? Kena bawa mambang tolong makan kalau Abang Aznan belanja makan ni SK.... ahaks!
Seronoklah Firdaus dibelanja McD oleh Abang Aznan malam itu.
Jom, kita balik!
11 comments
MasyaaAllah...pemurah betul Abang Aznan...
BalasPadamPasti rezekinya juga Allah lipat ganda kan
Hahahaha.. Abang Aznan bukan sahaja pemurah belanja makan, tapi pemaksa orang makan. Orang mengantuk patutnya disorongkan bantal, ni disorong Coto Makasar. McD pun disorong sekali. 😂
BalasPadamTgk je dah terbayang sendat perut nak menghabiskan makanan tu semua Kak Amie. Syoknya Firdaus sekali-sekala layan McD.
BalasPadambbertuah firdaus dapat abang2 yg baik n pemurah
BalasPadamwahhhh seronoknya firdaus! nasi ayam kremes tu mcm nasi ayam penyet nampak sambalnya tu.
BalasPadamRezeki jangan ditolak Daus :D
BalasPadamRajin betul Abg Aznan ni belanja makan... Moga sentiasa melimpah ruah rezekinya 🤲
sayap panggang dan udang tuuuu... byk sangat... memang rambang mata mana 1 nak kena mkn... bijak firdaus dia aim bena lain rupanya... hehehe... alhamdulillah rezeki kan.. semoga murah rezeki abg aznan yg berkongsi rezeki tu
BalasPadamHehe kak Amie memang suka Coto Makassar kan? Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
BalasPadamAbg Aznan oh Abg Aznan pemurah sungguh orangnya. Pantang Kak Amie kesana, mesti ajak makan makan dan belanja. Firdaus dari tak berselera terus tersenyum lebar dapat McD.
BalasPadamPemurah sungguhla abang Aznan ni kak, memang layan tetamu dengan penuh tangan terbuka. Daus tak nak makan diajaknya ke mcD mana la nk tolak kan.
BalasPadamselalu dtg sini mkn mcd sambil tgk view laut. tak pernah cuba lg mknn lain dkt situ. nmpk menarik jugak.
BalasPadam