Dua Kali Makan Malam
2:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Aznan pesan supaya kami singgah ke rumahnya selepas menghadiri: MAJLIS MAKAN MALAM TEMU KARYAWAN BAYU-KENYALANG DI PALACE HOTEL KOTA KINABALU. Katanya mereka akan tunggu kami sampai untuk makan malam bersama. Eh, bukankah kami akan makan di Palace Hotel? Kata kakak ipar, Abang Aznan sudah beli empat kotak besar kuih bulan. Ada berapa biji agaknya dalam satu kotak. Bolehlah nanti makan sama-sama.
Selepas solat maghrib, Fairuz hantar kami ke Palace Hotel. Majlis dijadualkan bermula pada pukul tjuh malam dan berakhir pada pukul sembilan malam.
Bergambar di halaman Gardens Condominium sebelum naik kereta menuju ke Palace Hotel. Kali ini kami jadi VVIP sebab ada driver! Eh, rupanya masa ni Encik Suami belum tukar kasut!
Malam kenangan di Majlis Makan Malam Temu Karyawan Bayu - Kenyalang kerana dapat Anugerah Penulis Prolifik dari syarikat penerbitan SYFE Management.
Malam itu, 10 September 2022 tak ingat apa yang dimakan. Entah kenyang entah tidak sebab terlalu gembira dapat anugerah yang tak disangka-sangka! Selesai majlis, Fairuz sudah menunggu di luar hotel. Kami bergerak ke rumah Abang Aznan.
Sup Ayam Kurma Merah. |
Masuk ke ruang tammu rumah Abang Aznan, terbau aroma sup ayam dengan kurma merah! Apa lagi, kita pun hiruplah semangkuk sup ayam kurma merah.
Lina masak sebelanga besar sup ayam kurma merah! Kita pula yang tak berhenti ulang-alik ke dapur mengambil kuah sup untuk dihirup!
Rini dan Hasna masak lauk-pauk seperti sotong goreng salut tepung, ayam masak kicap, sayur kacang panjang dan sambal petai.
Ayam Masak Kicap. |
Kacang Panjang Tumis dengan Udang. |
Sambal Petai. |
Selesai makan, Abang Aznan keluarkan kotak-kotak kuih bulan. Malam itu puaslah makan pelbagai jenis kuih bulan. Kita suka kuih bulan lotus, durian dan telur masin. Keesokan paginya, sebelum kami berangkat pulang, kakak ipar bekalkan kami dua biji kuih bulan.
Kuih Bulan Durian. |
Jadinya, malam itu kami dua kali makan! Makan di Palace Hotel dan makan di rumah Abang Aznan.
10 comments
Gandingan lauk-pauk tu nampak sungguh menyelerakan.
BalasPadamSy pernah makan kuih bulan beberapa tahun lepas :)
Wah! Tema batik gitu!
BalasPadamPak Inche hari tu dapat 4 biji kuih bulan. Puaslah berjamu satu office.
BalasPadamKak Amie, kalau sy dapat anugerah pun mmg tak lalu makan dah dan tak ingat apa makanannya, hahahah. Tahniah, Kak Amie.
Berkilauan emas..
BalasPadamTahniah sekali lagi..
Sedapnya kuih bulan.
Lauk pauk tu...aduhai menggoda selera.
Rezeki 2x makan malam.Alhamdulillah
Sedapnya kuih bulan, sama gak, suka yang filling telur masin tu.
BalasPadamRezeki jangan ditolak, dapat 2 kali menjamu makan malam. Berselera kak Amie dapat makan sup panas panas. Abg Aznan memang rajin menjamu keluarga makan. Macam macam hidangan dijamukan.
BalasPadamWah, dua kali dinner. saya baca pun terliur membayangkan. Saya nak jadi anak angkat Abang Aznan lah. Terus hilang masalah underweight
BalasPadamBestnya kak tengok menu yang disediakan di rumah abang Aznan tu, memacam menu betul. Dekat sana memang terkenal dengan sup ayam dengan kurma merah ye kak? Lepas tu kuih bulan tu pelbagai jenis ada, mesti akak peminat kuih bulan ya.
BalasPadamHehe berselera makan lagi. Kalau saya kenyang sangat tapi itulah orang sudah ajak tidak boleh tolak.
BalasPadamtahniah kak amie..
BalasPadamwahh mmg meriah mknn mlm tu ya..