Makan Ambuyat di D'Soka

9:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita jalan-jalan di Kota Kinabalu. Sebenarnya waktu itu, kita tidaklah dapat menikmati semua makanan yang terhidang. Ketika itu gusi kita yang dibedah, perlu dijaga elok-elok. Doktor pesan makan yang lembut-pembut sahaja, tetapi kita langgar juga sedikit pantang itu! Akibatnya sudah tentulah akan terasa sakit tetapi tidaklah sakit sangat. 

Jumaat, 10 September 2022 Abang Aznan bawa semua ahli keluarga untuk mandi-manda di  De Borneo Water Park di Kepayan.Oleh kerana pada hari tersebut Fairuz tidak hantar ikan, jadi Fairuz ambil alih tugas kami jaga Firdaus. Fairuz ikut serta ke De Borneo Water Park bersama yang lain.

Amie pula ingin berehat dari jalan-jalan. Amie beritahu Encik Suami sebenarnya Amie ingin mencari makanan yang lembut, tak perlu usaha untuk mengunyah dan boleh terus ditelan masuk perut! Encik Suami cadangkan, cubalah makan ambuyat!

Kami sama-sama bergerak meninggalkan Penampang. Abang Aznan bersama yang lain menuju ke Kepayan, kami menuju ke D'Soka yang terletak di Kampung Laut Kinarut, Papar. Sesampainya di D'Soka hujan turun selebat-lebatnya!

Ambuyat & the Gang

Alhamdulillah. Akhirnya dapatlah menikmati ambuyat dengan lauk-pauknya. 

Signboard D'Soka Restaurant.
Masakan Asli Sabah


Encik Suami makan ambuyat dengan candas.
Kita makan ambuyat dengan sudu.

Terung goreng sambal. Terung yang lembut ini boleh kita kunyah sedikit dan telan.

Ikan tuna masak ampap ini isinya lembut dan kita makan sehingga habis dengan ambuyat.

Timun ini dihabiskan oleh Encik Suami. Kita tak boleh kunyah!

Sambal belacan ini sangat sedap. Kita cecahkan ambuyat.

Ini isi ayam masak kicap. Encik Suami makan seorang. 

Sayur kangkung ini sedap. Kita makanlah beberapa helai daunnya. Tak boleh kunyah batangnya!

Laju jew makan ambuyat dengan kuah ini. Kita sudukan ambuyat dan celup kuah. Masuk mulut, telan!


Inilah semangkuk ambuyat, makan berdua dengan Encik Suami


Ketika ini barulah terasa perut berisi! Selama beberapa hari bercinta habis kalau makan sebab takut tersentuh makanan ke bekas jahitan gusi.



Sudah pesan lemon panas, kemudian datang lagi dua gelas minuman sirap! Tak perasan dalam set ambuyat memang sudah tersedia dua gelas minuman! Jadi, selepas minum lemon panas, minum sirap sejuk pula.

Puding kelapa

Oleh kerana hujan masih lebat, kami pun duduk lama-lama sedikit dalam restoran. Pura-puralah beli puding kelapa dan makan di situ.


Setelah hujan berhenti, kami pun bergegas meninggalkan D'Soka. 
Alhamdulillah, perut yang terasa kosong sudah berisi.







29 comments

  1. Tak pernah malan buyat , makanan tradisi rakyat sabah kan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya kaum tertentu sahaja yang pandai makan, tidak semua rakyat Sabah makan ambuyat.

      Padam
  2. Tak pernah rasa ambuyat.. Macam manalah agaknya rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambuyat tu tawar, makan dengan lauk-pauk baru ada rasa.

      Padam
  3. Sedapnya....macam terasa pula kat tekak...hihihi
    Baru ni saya ada nampak orang sediakan kapurong ...macam ambuyat tapi kenapa warna dia tak jernih tapi sedikit pink kecoklatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya kapurong itu sudah dicampur dengan kuah, jadi warnanya begitu.

      Padam
  4. Kalau kami di Sarawak, kami makan ambuyat (linut) ni dgn sambal belacan dan sayur midin. Aduh, terbayang2 dah sedapnya kombo ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah makan ambuyat di Brunei, makan dengan sambal belacan dan tempoyak. Sedapnya!

      Padam
  5. Teringin nak try ambuyat tu tapi belum jumpa lagi di sini.

    BalasPadam
  6. Dana tak pernah makan ambuyat kak tapi bila tengok segala macam lauk tu nampak sedapnya kak oi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami pun kalau nak makan ambuyat kenalah cari di tempat tertentu sahaja. Tak semua orang Sabah makan ambuyat.

      Padam
    2. yelah kan kak tak semua tempat makan ambuyat ye, yelah sabah tu kan besar ada pelbagai kaum kan.

      Padam
  7. ammi teringin nak makan ambuyat...bila ntah ada rezeki nak ke sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah ada rezeki nanti jejak Sabah.

      Padam
  8. Ambuyut. Saya belum pernah nyicip camilan yang satu ini. Semoga berkesempatan ke Malysia, makan ambuyut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dialu-alukan kedatangan Bunda Nur ke Malaysia.

      Padam
  9. Tak pernah lagi rasa ambuyat.. semoga cepat sembuh ya Kak Amie..

    BalasPadam
  10. Ambuyat ni umpama nasi jugalah Kak Amie ye ..dimakan bersama lauk-pauk yg pelbagai,termasuk sambal belacan ye .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa ambuyat sangat beza dengan nasi. Ambuyat ni dari sagu rumbia.

      Padam
  11. Masa pergi MAHA, kami ke Pavilion Sabah mencari ambuyat, tapi tak dijual. Iman teringin nak makan dgn lauk pauk macam ni. Ada ke rasa macam bubur nasi berlauk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambuyat licin, bukan hancur macam bubur. Cara makannya telan terus.

      Padam
  12. SA pernah makan ambuyat sekali je kak masa pi KK beberapa tahun lepas...masa tu pelik tapi A suka mencuba..sedap...siap ada lauk2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya SA suka mencuba sebab tak semua orang pandai makan ambuyat. Saya tak pandai guna candas, guna sudu saja.

      Padam
  13. Dah tengok makanan, langgar pantang juga. Tak boleh tahan kan. hehehe...Banyak lauk pauk ambuyat ni. Tak pernah makan lagi. Kena cuba yang asli dulu kat sana kot :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena belajar perlahan-lahan kalau nak makan ambuyat ni. Mulanya kecewa juga tak boleh tarik ambuyat guna candas, akhirnya makan saja guna sudu hihihiii.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe