Berkenalan dengan Keluarga Kerapu
9:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sempat jalan-jalan cari ikan. Kebetulan pula ada ikan kerapu segar baru naik ke pasar. Masih hidup. Suka sangatlah Firdaus nampak sesuatu yang baharu. Sampai ke rumah, habis diselongkarnya ikan-ikan, dan diletakkan di dalam besen lalu disiram air. Harapannya agar ikan-ikan tadi boleh bernafas dan berenang!
Encik Suami beli ikan kerapu campur-campur seberat dua kilogram. Ada lima jenis semuanya. Jom kita berkenalan dengan keluarga kerapu di bawah ini. Sayangnya kita tak tahu nama jenis-jenis kerapu. Kalau ada yang tahu tolong kongsi ya.
Ikan Kerapu Merah. |
Kerapu..... |
Kerapu..... |
Kerapu.... |
Kerapu.... |
Nampak macam sama kan? Tapi sebenarnya berbeza, Warnanya tidak sama. Samalah seperti ikan kembung! Ada jenis temenung, ada jenis pelaling tapi kita panggil kembung saja.
Ikan Kembung. |
Suka sangatlah apabila kita jumpa ikan kembung jenis ini di pasar. Susah sangat nak jumpa. Dalam setahun, belum tentu dapat sekali!
Ikan Bilis |
Ini ikan bilis. Encik Suami suka kalau goreng garing salut tepung. Biasanya ikan bilis ini dijadikan kilau (makanan masyarakat Bajau).
Ikan Bulan |
Ini ikan bulan. Kita suka beli ikan ini, kononnya gantikan ikan terubuk. Di Sabah tidak ada ikan terubuk. Kalau teringin makan terubuk, kita beli ikan bulan saja.
Ikan Baguk. |
Kita beli ikan baguk dengan harapan ada telur di dalamnya!
Zaman kanak-kanak dahulu, puaslah kami makan ikan baguk sama ada digoreng, dimasak semur atau masak kari. Dahulu, ikan baguk sangat terkenal di kampung kami dan dijadikan lauk semasa kenduri-kendara dan dalam nasi ambeng.
20 comments
Macam² jenis kerabu ada rupanya..
BalasPadamYa, banyak adik-beradik dan sepupu sepapat serta saudara maranya. Berpuluh-puluh jenis.
PadamSaya tahu kerapu yang ada bintik-bintik tu je 😁
BalasPadamKerapu bintik pun banyak jenis juga. Macam-macam warnanya.
PadamGood info. Tak tau pulak yang gambar pertama tu keluarga kerapu.
BalasPadamKeluarga kerapu banyak keturunannya.
PadamDana siap guna apps google lens untuk cari nama ikan tu kak
BalasPadam1- splendid alfonsino /finned bulls eye
2- black snapper
3- red grouper
4- grouper brown spotted
5- sawedged perch
6- indian mackerel
Terima kasih Dana. Memang kebanyakkannya nama omputih. Susah nak jumpa nama tempatan. Mungkin sebab jarang ada di pasaran.
Padamye betul tu kak, tapi kalau dekat semenanjung ni ikan kerapu gini memang mahal lah. Setara dengan ikan merah dan kawan-kawan.
PadamLupa nak tanya akak berapa rm harga semua ikan tu kak? kerapu dekat sana rm berapa sekilo kak? Ikan baguk kalau kat johor di panggil ikan belukang atau ikan duri ek kak? dana suka tu kalau di masak asam pedas kepalanya, daginya di goreng pastu masak kencur... aduhla sedap betul
BalasPadamHarga ikan kerapu tidak sama Dana. Ikut jenis. Yang kecik lain harga, yang besar lain harga. Biasanya kerapu yang kecik-kecik RM12-RM15 sekilogram. Kerapu biasa yang besar sikit cecah RM18. Yang merah, pernah beli sekilogram RM50. Itu dulu Kak Amie beli untuk resipi masakan permintaan Maggi. Ada yang harga RM60 sekilogram, harga RM120.00 sekilogram pun ada.
Padamikut jenis jugak ye kak, tapi sudahla fresh besar harga mahal pun takpe puas hati
PadamIkan baguk tu macam ikan duri, Kak Amie. Tapi sori, sy tergelak tengok kerapu tak berjenis semuanya kecuali yg merah, hahaha. Kembung tu, cuba goreng kunyit bawang putih macam Suria Amanda, mesti sedap.
BalasPadamIye kot ikan duri.
PadamHaaa...itu sajalah ikan kerapu yang Kak Amie tahu sebab warnanya merah, jadi panggil sajalah kerapu merah. Mak mentua panggil ikan gelek merah. Nanti nak cuba juga goreng kunyit bawang putih macam SA buat. Kunyit hidup ada kat esbok.
Ikan gred A ni...kategori ikan mahal la kat sini..tidak sekufu dengan kembung🤭
BalasPadamSaya hanya kenal kerapu merah sebab warna merah 🤣
Biar pun jumpa ikan kayangan, ikan kembung juga yang memikat hati hihihiiii!
PadamRezeki Kak Amie dapat makan pelbagai jenis ikan yang segar bugar 👍
BalasPadamBalik kampung di Selangor pun dapat juga makan makanan laut yang segar sebab kami dekat dengan Jeram, Kuala Selangor. Banyak bekalan kerang, ikan seafood lain.
PadamKalau tanya saya memang tak tahu jawab dia. Ikan kerapu pun tak kenal rupa paras dia. Entah pernah makan ke tidak pun tak tahu. Tapi ikan kembung susah nak dapat. Yang ada ikan mambong, lolong dan selar je banyak. Ikan kembung juga yang sedap. Seronok dapat ikan segar segar dari laut. Dalam kepala dah kira kira dah nak masak apa.
BalasPadamhahahha beria tau ammi nak kenal dengan family kerapu ni...tapi tiada jawapan. mujur nampak kat komen dana ada buat carian. tq dana
BalasPadam