Makan Kapurung di Warung Kampung

9:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin dan hari ini Amie sehabis tenaga menjadi penceramah menyempurnakan bengkel menjawab SPM. Jadi, ada alasan untuk isi perut sehingga kenyang sebelum balik ke rumah. Sampai rumah, sudah tentu boleh terus berehat. Tak perlu bersilat di dapur untuk memasak. Untuk Firdaus pula, petang tadi, kami belikan makanan untuknya.

Kami makan tengah hari di Warung Kampung. Sesiapa yang tersesat atau datang ke Lahad Datu, bolehlah singgah makan di sini. Warung Kampung terletak di Bandar Lahad Datu, berhadapan dengan kedai kasut BATA.

Makanan tengah hari yang Amie pesan sudah tentunya kapurung, sejenis hidangan tradisional masyarakat Bugis. Bahan utama kapurung sudah tentulah tepung sagu dan boleh juga gunakan tepung kanji. Ia lebih kurang ambuyat. Kalau ambuyat dimakan menggunakan candas, tetapi kapurung dicampur bersama kuah dan bahan-bahan lain seperti sayur bayam, jagung manis, kacang panjang dan sebagainya. Tambah lazat dinikmati bersama sambal belacan.

Amie memesan Kapurung Spesial. Kata pekerja warung, spesialnya kerana ada udang segar.

Kapurung Spesial.

Antara menu yang terdapat di Warung Kampung.


Sewaktu kami datang, banyak pilihan lauk untuk dimakan bersama nasi. Kiranya ada pilihan untuk makan nasi campur. Namun begitu, kami memilih set makanan panas. Encik Suami meminta Nasi Goreng Ayam Penyet. Lain kali nak cuba nasi campur pula sebab banyak lauk yang nampak sedap!

Kapurung Special & Nasi Goreng Ayam Penyet.

 
Sup Kosong.

Sup kosong nan semangkuk kecil ini, kata Encik Suami, rasanya sedap! Kita pun teringin nak hirup sebab datang ke meja dalam keadaan panas berasap. Tapi, pada masa yang sama datang semangkuk kapurung pula. Kita pun terus terlupa sup Encik Suami!

Teringat Mama Cella selalu kata dapat sup kosong yang memang betul-betul kosong.... ahaks. Nampaknya kenalah bawa bawang goreng dengan daun sup supaya sup tak nampak kosong... hehehehhe!


Memang gembira sangatlah Encik Suami, dapat satu set Nasi Goreng Ayam Penyet dan semangkuk kecil  sup kosong. Bismillah.


Nasi Goreng Ayam Penyet lengkap dengan sekeping ayam goreng bahagian peha, ulam timun dan daun salad, keropok, tempe goreng serta terung goreng. Sambalnya sedap. Ada rasa daun kemangi.
Kapurung Special

Kita pula, habis semangkuk kapurung masuk perut. Licin kuahnya! Hanya tinggal janggut udang saja dalam mangkuk. Sambal belacan pun habis. Kita copet sambal Encik Suami.


Fresh Orange

Begedil Jagung

Kita bawa pulang begedil jagung. Beli lima ketul saja. Rasanya sedap. Kenapalah beli lima ketul saja? Memang harus ulangi lagi ke Warung Kampung. Sudahlah makanannya sedap-sedap, layanannya pun cukup mesra  pelanggan. Tidak rugi datang ke sini. Harap selepas ini ada alasan lain untuk ajak Encik Suami  makan lagi di sini.

25 comments

  1. Nampak macam sedap je. Tapi saya ni jenis yang makan benda yang saya tahu makan saja. Tapi orang kata, belum cuba belum tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ada sesetengah orang yang hanya makan makanan yang biasa dia makan saja.

      Padam
  2. wahhhhhh memang nampak crispy betul begedil jagung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu begedil jagung. Beli 5 ketul, habis masuk perut.

      Padam
  3. Nampak sedap kapurung tu.. tak nampak isi dia camne. kiranya macam ambuyat lah lembut2 dan campur dengan lauk lain dan berkuah eh cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isinya rasa ambuyat sebab dari bahan yang sama. Cuma kapurung ni, kajinya dibentuk bulat-bulat.

      Padam
  4. unik namanya kapurung..1st time dgr

    BalasPadam
  5. Alamak Amie, jauhnya nak tersesat ke Lahad Datu tu, macam sedap je tengok kapurung tu, post boleh tak hahahaha

    BalasPadam
  6. sedapnya nampak kuah kapurung tu kak, nampak pekat gitu. Set nasi goreng ayam penyet suami akak tu pun lengkap ayam pun besar puas hati. Sup kosong nya nampak sedap, kalau kat sini sup kosong mmg takde lah daun bwg daun sup ngn bwg goreng tu kak.. Bergedil jagung lama dana tak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis licin semangkuk Kak Amie makan kapurung.
      Sup tu memang sedap.
      Begedil tu sangat menggoda... nak buat sendiri malas, jadi tapau sajalah bawa balik hehehee.

      Padam
  7. Sedapnya kapurung tu akak... semua sedap termasuk nasi goreng ayam penyet tu jugak kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semuanya sedap, dan masih panas. Berpeluh-peluh jugalah makan, dengan panas dan pedas.

      Padam
  8. Tak tahulah bila nak tersesat kesana Kak Amie. Dah tentu akan pergi tempat makan yang kak Amie recommend. Pekat kuah kapurung. Ada udang bertambah sedap rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rasa nak selalu makan di sini Fizah. Layanan bagus. Makanan pun sedap. Memang sedap tu kapurung, manis udang segarnya.

      Padam
  9. masuk rumah kak amie macam2 makanan yang 1st time tahu&dengar namanya..LD kaya dengan pelbagai makanan yang bagi saya sungguh unik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kaum yang berbeza, jadi budaya pun agak berbeza sedikit termasuk makanannya.

      Padam
  10. Kapurung pulak dahhhhh.....hai,macam menggamit saya untuk mencuba🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah Mama Cella. Saya dah pernah janji dengan isteri anak buah ( orang Bugis) nak buat kapurung tapi janji hanya tinggal; janji.

      Padam
  11. Kali pertama dengar Kapurung. Tak boleh nak imagine sebab ambuyat pun tak pernah cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapurung makanan tradisi masyarakat Bugis. Ambuyat pula makanan tradisi masyarakat Brunei dan Bisaya.

      Padam
  12. kalau laa ada org kat sini jual kapurung tu. jam ni jg sy g beli hehehe

    BalasPadam
  13. first time dgr kapurung. rasa mcm mna tu?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe