Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Abang Farid & Aseeyah

5:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami panjatkan seribu syukur kepada Allah al-Hakim yang telah mempertemukan jodoh pertemuan di antara Abang Farid dan Aseeyah. Setahun yang lalu, pada hari Sabtu 30 Oktober 2021 selamatlah kedua-duanya diijabkabulkan dalam majlis ringkas yang diadakan di Masjid Al- Khairiyah , (Taman Seri Gombak) Batu Caves, Selangor.  Majlis pernikahan tersebut dirancang pada 16 September 2021, tetapi terpaksa ditunda memandangkan kes Covid-19 terus mencanak naik di Selangor.

Alhamdulillah, dalam suasana yang tidak menentu dengan perubahan pelbagai prosedur pernikahan, peraturan menaiki pesawat dan sebagainya, akhirnya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan teratur. Kami akur, majlis pernikahan hanya boleh dibuat di masjid sahaja. Dan maslis resepsi yang diadakan hanyalah secara  kecil-kecilan dan tertutup. Jemputan sangat terhad, hanya dalam lingkungan keluarga terdekat dan sejumlah kecil jemputan untuk keluarga Aseeyah.

Dalam hal ini, hanya ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat keluarga Amie di Selangor yang bertungkus-lumus membantu menyiapkan barang-barang hantaran dan door gift, mengiringi kami ke majlis pernikahan dan mengurus majlis kecil-kecilan untuk menyambut menantu di Shah Alam. Walaupun majlis kecil-kecilan, tetapi tenaga yang disumbangkan amatlah besar termasuk mengurus atur cara majlis, mencari pengerusi majlis, pembaca doa dan sebagainya.

Entri berkaitan:

Farid & Aseeyah.


Hebahan Ijab & Qabul

Majlis akad nikah Farid & Aseeyah.

Peraturan masjid menetapkan hanya enam orang sahaja yang dibenarkan masuk ke dewan pernikahan, termasuk kedua-dua pengantin dan kedua-dua ibu bapa pengantin. Barang-barang hantaran pula turut dibawa dan di susun di kiri kanan karpet.


Abang Farid dinikahkan oleh Tuan Haji Muhammad, bapa Aseeyah.

Aseeyah menandatangani borang pernikahan.

Dengan sekali lafaz, sahlah Abang Farid bergelar suami, dan Aseeyah menjadi isteri.

Buat pertama kalinya Abang Farid dan Aseeyah bersua wajah. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui Google Meet sahaja. Begitu juga dengan kami. Inilah kali pertama bersua dengan BESAN @ mentua Abang Farid.




Selesai majlis pernikahan di masjid, kami menghadiri majlis kecil jamuan makan tengah hari bersama keluarga sebelah besan di QASAR BALQIS RESTAURANT GOMBAK


Berkenal-kenalan secara bersemuka di antara menantu dan bapa mentua.


Aturan Allah al-Khabir, dan perancangan hamba-hamba-Nya moga bersatu menghasilkan perkara yang baik. Keluarga sebelah besan telah menempah pakej bulan madu di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk kedua-dua pengantin baharu selama tiga hari dua malam. Alhamdulillah. Mudah-mudahan pasangan mempelai dapat berkenal-kenalan dalam suasana yang tenang dan damai.

Sementara itu, kami membuat persiapan untuk majlis sebelah keluarga kami yang ditetapkan pada hari Khamis, 04 November 2021 di Shah Alam.



Setahun sudah berlalu!
Moga anakanda berdua saling menyayangi dan mengasihi di antara satu sama lain, menerima kekurangan dan kelebihan diri serta pasangan untuk saling melengkapi kehidupan bernama perkahwinan.
Mudah-mudahan Allah al- Ikram (Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan) memberkati kalian berdua dan menyatukan kalian dalam segala kebaikan. Amin ya Allah al-Fattah ( Maha Pembuka Rahmat). 

11 comments

  1. Setahun lebih ada majlis resepsi sebelah lelaki. Tahniah Puan Amie dapat raikan bersama orang lagi ramai. Warna tema apa ya? Hehe.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..sekejap masa berlalu. Selamat ulangtahun Abg Farid dan Aseeyah. Semoga terus berbahagia sampai syurga. Aamiin...

    BalasPadam
  3. cepatnya dah setahun ya. rasa macam baru je lagi..

    BalasPadam
  4. Selamat ulangtahun perkahwinan untuk Abang Farid & Kak Aseeyah...
    Semoga dilimpahi kasih sayang ...SAMAWA hingga ke Jannah..🤲🤲🤲

    BalasPadam
  5. dah setahun perkahwinan mereka ye rasa macam baru je lah cepatnya masa berlalu
    semoga rumahtangganya sentiasa dirahmati

    BalasPadam
  6. Sekejap je dah setahun ya kak, semoga bahagia hingga kesyurga buat abang Farid dan isterinya.

    BalasPadam
  7. Sekejap je masa berlalu. Happy anniversary Arid dan Aseeyah. Memori perkahwinan PKP. Nanti boleh cerita apda anak cucu

    BalasPadam
  8. Happy Anniversary Lovebirds. Farid & Aseeyah.

    BalasPadam
  9. happy anniversay Abang Farid dan Aseeyah semoga kekal bahagia dunia kahirat

    BalasPadam
  10. SA rasa kan macam baru je semalam merekah Nikah...hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe