Dua Kali Sarapan Pagi
8:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tepat pukul 10 pagi, kami sampai ke One Borneo Mall. Kedai-kedai baru dibuka. Kami sempat membeli barang keperluan diri di Guardian. Kemudian kami mencari restoran untuk sarapan. Nampaknya hanya Sufian Cafe sahaja yang benar-benar bersedia menerima pelanggan untuk makan. Ramai pelanggan makan di situ. Restoran lain baru buka pintu.
Chinese Tea |
Udang Goreng Salut Tepung |
Tauhu Kukus |
Nasi Lemak |
Sedang kami makan nasi lemak, telefon Encik Suami berdering. Abang Aznan ajak makan di Bukit Padang. Kebetulan pula, Fairuz dan Haziq perlu menghantar ikan. Jadi, Fairuz dihantar ke rumah Abang Aznan. Abang Aznan akan bawa bersama Firdaus, dan kami akan berjumpa di Bukit Padang pula.
Kata Encik Suami: Nanti kita makan yang ringan-ringan saja.
Iyola....iyolaaaa....
Iyola....iyolaaaa....
Kami tinggalkan Sufian Cafe dan terus ke Bukit Padang.
Abang Aznan minta Encik Suami pilih makanan yang disukai.
Kalau perut kita kosong, memang kita nak makan dim sum!
Firdaus tidak mahu makan. Katanya tidak ada selera. Dia minta milo nai, tapi tidak ada. Akhirnya Firdaus minum horlicks.
Abang Aznan cadangkan kita makan nasi kerabu. Ada pelbagai lauk pilihan, tapi kita pilih ikan tuna goreng.
Nasi Lemak. |
Nampaknya dua kalilah kita sarapan nasi. Nasi lemak dan nasi kerabu! Kira makan tengah harilah kan.
Sarapan kali pertama kita minum chinese tea, kali kedua minum jus nanas.
Encik Suami makan bihun sup. Sedap aromanya, bercampur dengan bau hirisan timun.
Nasi lemak di Sabah memang dihidangkan dengan semangkuk kecil sup kosong. Kalau nasi lemak bungkus biasalah tanpa sup.
Nasi Lemak Paru. |
Selepas itu duduk semula di kerusi dan minum horliks. Sayangnya beberapa minit kemudian, terkeluar semula. kami segerakan makan, dan cepat-cepat pulang. Firdaus perlu berehat. Encik Suami pesan dengan Fairuz, supaya belikan ubat demam. Firdaus empat minta bubur!
Ubat demam untuk Firdaus. |
Bubur nasi yang diminta Firdaus. |
Sepanjang petang itu, kami tidak ke mana-mana. Duduk di kondo sahaja menemani Firdaus tidur. Emak dan ayah Haziq datang ke Kota Kinabalu dan sedang meronda bandar raya. Menjelang malam baru mereka pulang ke sarang. Jadi, riuhlah suasana apabila berkumpul beramai-ramai.
Kita pula, pukul 9 malam ada zoom meeting!
27 comments
Alhamdulillah, rezeki
BalasPadamHarap2 daus cepat sembuhnya
Ya Wak. Dah makan ubat, rehat dan tidur. Baiklah demamnya.
PadamSemoga Daus kembali sihat...
BalasPadamAlhamdulillah rezeki melimpah ruah...
Tukang belanja makan tu elok pulak mantain badan..🤭
Alhamdulillah. Kejap jew demamnya.
PadamMantain kan badannya.... tak tahulah kalau ada mambang yang tolong dia makan hahahaaa.
syafakallah firdaus... nak try jg laa nasi lemak dgn sup😀
BalasPadamMakan nasi lemak begitu saja. Sup itu sekadar sudu masuk mulut atau hirup terus.
Padamtetap👍👍👍
PadamDekat mall kan kak patut la banyak kedai yang baru buka... nampak sedap nasi lemak di kedai pertama tu, tapi menggoda sungguh tengok dimsum tu kak... tapi itulah dah 2kali sarapan mana lah tak kekenyangan ye kak. Daus dah tak sedap badan sebab tu tak lalu makan ya...
BalasPadamSampai petang tak makan lagi dah. Eh, tiba-tiba Abang Aznan telefon suruh kami datang makan malam di rumahnya pulak! Katanya wifenya dah siap masak!
PadamCepat2 sembuh ya Firdaus.
BalasPadamAlhamdulillah. Daus dah sembuh.
PadamAmboi kak.. ni dah breakfast like a king ni... hehehe
BalasPadamHaaa... itulah, sikit lagi jadi king kong hihihiii.
Padamnasi lemak bungkus yg dilimpahi sambal tu. omaiGod kak :)
BalasPadamdimsum tu, feveret aida. sejak ada freezer kat rumah, sentiasa ada dimsum frozen.
terasa teringin, terus kukus. ohsem!
Sedap makan dimsum panas-panas kan Aida.
PadamWah.. unik.. Nasi lemak dan sup..
BalasPadamKalau Sha da nampak dimsum memang tak pandang yang lain.. hehehe..
bagus dan beruntunglah merekayang buka awal, pasti menjadi tumpuan..
Di Sabah memang biasanya makanan dihidang dengan semangkuk kecil sup kosong.
PadamAlamak Daus demam pulak. Patutlah tidak selera. Wah, dua kali sarapan tapi berbaloilah.
BalasPadamKan... rupanya nak demam. Patut pun asyik tolak kalau disuruh pilih makanan.
PadamIngatkan Firdaus tak selera makan sebab dah kenyang rupanya demam ye..cepat sihat daus
BalasPadamYa, mati liur (bahasa Melayu Cocos) tak ada selera makan.
Padamtak kedekut sambal dan ikan bilis nasi lemak tu...nampak sedap
BalasPadamSedap sambal nasi lemak tu.
Padamsyafakillah Firdaus
BalasPadamDemam pulak Dausnya. Rasanya masa sy mengomen ni, Daus dah sihat, kan.
BalasPadammurah rezeki dpt sarapan 2 kali ya. dkt sgt bukit padang dgn rumah syu. area tmpt syu slalu gi hiking. kedai mne kak amie mkn tu?
BalasPadamDua dua sarapan sedap Kak Amie. Nasi lemak bungkus dengan nasi kerabu. Unik sekali sup kat sana dicampur dengan hirisan timun. Kesian Firdaus tak sihat, tak ada selera makan lepas tu terkeluar pula. Semoga cepat sihat Firdaus.
BalasPadam