Rezeki Sepanjang Hari

8:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dua malam tak tidur lena. Kalau banyak kerja, memang kepala tak boleh berehat memikir. Apabila banyak tugasan dan laporan yang perlu dibuat, kadang-kadang tak tahu mana satu kerja yang patut disiapkan dulu. Baiklah. Bertenang, dan buat satu persatu. In syaa Allah semuanya akan berjalan lancar.

Pagi tadi kita bawa dua bekas berisi kek. Satu bekas berisi butter kek dan satu bekas lagi berisi kek buah. Kita makan dengan anak-anak murid kita. Habis licin! Melihat mereka makan dengan penuh selera, kita pun naik selera sama!

Butter Cake

Kek Buah.


Masuk bilik guru, bersusun aneka jenis kuih sedang menanti!
Kita makan lagi kuih-muih yang ditaja oleh Panitia Pendidikan Islam.

Menjelang tengah hari, kita tunggu Encik Suami datang ambil selepas solat Jumaat. Oleh kerana sebelah petangnya kita perlu hadir ke PPD untuk membentang post mortem pentaksiran (PSPT), jadi kita solat zohor di surau sekolah. Kemudian Encik Suami ambil kita. Kami makan tengah hari di restoran Pakistan saja. Dari restoran boleh terus ke PPD yang terletak di Fajar Centre.

Encik Suami belanja makan nasi beriani lauk ikan putih goreng. Encik Suami pula makan roti paratha. Katanya roti paratha sama rupa dan rasanya dengan murtabak goreng yang arwah MIL selalu buat. Selain nama murtabak goreng, orang Cocos memanggilnya sebagai kuih raja musa. Sekarang Encik Suami suka makan kuih raja musa hasil air tangan orang Pakistan pula.

Nasi Beriani Ikan.

Hidangan tengah hari sudah ada di depan mata. Jom kita makan.


Encik Suami sempat tangkap gambar kita yang sedang 'study' untuk pembentangan petang nanti. PPD menetapkan masa pukul 2 hingga 4:30 petang. Melihat gambar sendiri, nampak sangatlah wajah letih tak cukup tidur! Mata tu sebenarnya sembab menahan ngantuk.


Encik Suami makan roti paratha ala-ala kuih raja musa @ murtabak goreng dengan daging cincang dan segelas teh Pakistan.

Roti Paratha.

Daging Cincang.

Chinese Tea

Selesai kerja bentang-membentang, kita rasa haus sangat. Encik Suami bawa kita minum di Double U Cafe di Fajar Centre. Kita teringin minum yang sejuk-sejuk. Dapatlah hilangkan dahaga dengan segelas jus tembikai. Kebetulan terjumpa sepasang suami isteri, bekas rakan kerja di sini, Puan Ngatiah dan Cikgu Khaironi. Sempatlah sembang-sembang seketika. Mereka minta diri dahulu sebab ada urusan di tempat lain.

Jus Tembikai.


Kami berdua habiskan roti sapu peanut butter. Belumlah rasa lapar, cuma rasa dahaga sahaja. Ketika Encik Suami hendak bayar harga minuman dan roti, pekerja restoran beritahu makanan kami sudah dibayar oleh Puan Ngatiah. Allah ya Allah! Banyaknya rezeki hari ini! Terima kasih Puan Ngatiah dan Cikgu Khaironi. Mudah-mudahan tambah berlipat ganda segala kurniaan daripada-Nya.

Encik Suami memandu arah ke sekolah Firdaus. Kita sempat jalan cepat-cepat menuju ke sekolah kita, masuk ke bilik air dan kemudian menuju ke surau untuk solat asar. Pukul 5:20 Firdaus keluar dari pagar sekolah. Sebelum pulang ke sarang, kami singgah di pasar raya SURVEY membeli beberapa helai baju dan seluar untuk Firdaus. Kita sempat rembat empat helai seluar! Bukan apa, banyak seluar kita sudah longgar. Jadi terpaksalah beli seluar baharu yang saiznya perlu dikurangkan dari yang dipakai sebelumnya! 
Rasanya cuti Deepavali ini hendak jalan-jalanlah pula!

15 comments

  1. Alhamdulillah..rezeki makanan tak putus putus dari pagi. Ada orang belanja lagi. Di kedai makan sempat lagi buat kerja kak Amie. Cuti lama ni boleh rehat lebih sikit :)

    BalasPadam
  2. Rezeki dari pagi sampai ke petang. Wah, ni mesti Kak Amie dah kurus sampai kena beli seluar baru. Muka nampak penat, cuti panjang ni rehat2 kan badan supaya kembali segar bila bukak sekolah.

    BalasPadam
  3. Rehatlah kak Amie, saya yang membaca ni pun rasa penat seorang cikgu terkejar-kejar. Selamat bercuti ya. Alhamdulillah rezeki sama dikongsi.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah rezeki yang di syukuri

    BalasPadam
  5. wahhhh syukurrr berpenjangan rezeki datang. moga kak amie dapat rehat sempena cuti. nampak letih benar tu.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah lumayan rezekinya.
    Cuti Deepavali ni rehat betul-betul Kak :)
    Seluar longgar tandanya pinggang makin mengecil, bestnya:D

    BalasPadam
  7. Bestnya.. syukurlah rezeki pada hari tersebut.. Nampak sedap pulak nasi Briani ikan tu.. Tak pernah pulak mencubanya.. Nanti boleh try amek nasi Briani dan ikan lah.. hahaa.. Menarik.. Take care kak... Selamat berehat selepas siap semuanya..

    BalasPadam
  8. Macam-macam rezeki dapat.
    Eh makin longgar seluar. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  9. semua nampak sedapppp tu. ahhh terliurr

    BalasPadam
  10. Terliur nampak roti paratha cicah keema tu.....Nampak wajah letih benar tu cikgu...

    BalasPadam
  11. Happy weekend Cikgu Amie.. boleh jalan2, recharge energy🥰

    BalasPadam
  12. Rezeki yang buatkan org yg tengok ni sama2 terliur...sedapnya jus tembikai...semua sedap la...

    BalasPadam
  13. Rasa macam ada komen tapi hilang lah kak. Huhu

    BalasPadam
  14. Wahhh.. dalam pada asyik JJCM tu, seluar boleh membesar ya, Kak Amie.

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, murah rezeki kak amie..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe