Boleh Saya Menumpang Mandi : Antologi Anekdot Santuni Persahabatan
6:46 PTGAntologi Anekdot Santuni Persahabatan : Kalau Ada Sumur di Ladang |
Seramai 19 orang penulis bergabung tenaga menghasilkan antologi Boleh Saya Menumpang Mandi. |
- Menoreh Getah pada Hari Raya
- Main Congkak Biji Getah
- Telur Itu Terbang
- Siput Belitung yang Cerdik
Menoreh Getah pada Hari Raya. |
Apa agaknya khabar Idah sekarang?
Idah bersama keluarganya berpindah ke kampung sebelah sewaktu kami berumur 12 tahun. Teringat wajah emak yang sangat sedih, berpeluk dan bertangis-tangisan dengan emak Idah sewaktu mereka berpindah.
Telur Itu Terbang, membawa kisah betapa seksanya kami apabila belajar bahasa Arab. Al Fatihah buat Ustaz Mustakim, guru bahasa Arab kami. Mohon ampun ya Allah, kerana sewaktu beliau mengajar kami, kami menggelarnya Ustaz Siratul Mustakim, seolah-olah membayangkan betapa takutnya kami dengan kehadiran arwah sewaktu masuk ke kelas.
Siput Belitung yang Cerdik, kisah Amie dengan Norhayati mengutip siput belitung di pantai paya bakau. Dalam perjalanan pulang, Norhayati bercadang untuk masak asam pedas siput dengan batang keladi. Amie pula berangan-angan masak lemak cili padi siput campur daun kaduk. Oleh kerana hari sudah petang, jadi kami akan masak pada keesokan harinya. Sayangnya Amie lupa tutup baldi berisi siput, dan keesokan paginya apabila bangun dari tidur, semua siput sudah meninggalkan baldi! Mujurlah tengah harinya, Norhayati datang membawa siput masak asam pedas dengan batang keladi!
8 comments
Membaca sinopsis setiap kisah tu ...serasa saya juga "masuk" dalam itu cerita..Sangat dekat dengan kehidupan masa lampau.Tapi saya tak pandai menulis macam Cikgu
BalasPadamMama Cella memang berbakat dalam penulisan. Setiap entri yang diterbitkan dalam blog Mama Cella sentiasa mampu membawa kami menghayati coretan Mama Cella terutama kenangan-kenangan sewaktu di kampung.
PadamKisah-kisah yang menarik. Ada yang sedih, gembira dan kelakar. Semoga bermanfaat buat yang membaca
BalasPadamItulah lumrahnya kehidupan kan Sal. Pelbagai peristiwa dilalui sebagai proses mematangkan diri.
PadamSeronok tengok makin banyak buku tulisan akak sekarang ni . Kisah pengalaman masa lalu walaupun kadang ada yang pahit sedih tapi bila teringat aduhai macam-macam rasa ada
BalasPadamPahit untuk pengalaman, manis apabila dikenang kan Dana.
PadamTahniah Kak Amie dapat menghasilkan banyak lagi anekdot. Tertinggal huruf 't' pada perkataaan getah tu kak Amie. Seronok dapat mengabadikan kenangan dalam buku.
BalasPadamTerima kasih Fizah. Kak Amie sudah betulkan ejaan tertinggal huruf 't' itu. Terima kasih sekali lagi.
BalasPadamAlhamdulillah, berkesempatan menulis buat kenangan anak cucu.