Kisah Ikan Merah @ Jenahak Nan Seekor
7:24 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu.
Awal pagi lagi Encik Suami sudah keluar joging. Kita pula, malas nak ikut. Alasannya, hendak temankan Firdaus di rumah. Sementara menunggu Encik Suami selesai joging, kita tulis dahulu entri jalan-jalan Kota Kinabalu yang masih tertunggak.
Selamat berhujung minggu.
Awal pagi lagi Encik Suami sudah keluar joging. Kita pula, malas nak ikut. Alasannya, hendak temankan Firdaus di rumah. Sementara menunggu Encik Suami selesai joging, kita tulis dahulu entri jalan-jalan Kota Kinabalu yang masih tertunggak.
Hari Selasa, 06 September 2022 kita masak ikan jenahak @ merah untuk makan malam. Hari-hari berikutnya sarapan pagi dan makan tengahari dan makan malam ditaja oleh Abang Aznan. Akhirnya ikan merah @ jenahak yang selebihnya tidak berusik.
Jadi, pada hari Sabtu, kita pun olah lebihan ikan nan seekor itu untuk dijadikan lauk makan tengahari.
Ikan Merah @ Jenahak |
Ikan Jenahak Mangga dengan Sos Cili Thai |
Bahagian isi ikan jenahak itu kita goreng salut tepung jagung. Bubuh hirisan mangga muda, daun bawang dan daun ketumbar. Siram dengan Sos Cili Thai Maepranom. Memang sedap sangatlah kalau diratah begitu sahaja!
Bahagian kepala ikan pula kita masak kari asam pedas. Kita ratah mata dan pipinya!
Sup Ekor Jenahak |
Bahagian ekor dan tulangnya yang masih bersisa isi ikannya pula kita masak sup. Bubuhlah segala sayur-mayur yang ada.
Green Cos Lettuce & Telur Masin |
Melihat Fairuz dan Haziq suka makan salad green cos lettuce pada hari pertama kami di kondo, jadi tengah hari itu Encik Suami turut hidangkan daun salad sebagai pelengkap hidangan.
Hidangan Makan Tengah Hari |
Selesailah sudah kita kerjakan ikan merah @ jenahak nan seekor setelah enam hari kita berkampung di Gardens Condominium. Ikan nan seekor itu kita olah menjadi:
- Asam Pedas Ikan Jenahak
- Kari Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak
- Ikan Jenahak Mangga & Sos Cili Thai
- Sup Ekor Ikan Jenahak
Asam Pedas Ikan Jenahak |
Kari Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak |
Selesai masak, meratah ikanlah pula!
Kemudian hirup Sup Ekor Ikan Jenahak.
Dan tidak ketinggalan, ratah mata dan pipi Kari Asam Pedas Ikan Jenahak!
Ikan Jenahak |
Benarlah apa yang disebut itu merupakan satu doa, satu zikir. Sebelum sampai ke Kota Kinabalu, beberapa kali Fairuz telefon minta kita masakkan ikan untuknya. Katanya sudah dipilih seekor ikan dan disimpan dalam peti sejuk. Dari hari Selasa sehingga hari Ahad, hanya seekor ikan ini sahajalah yang sempat kita masak!
Dengarnya Abang Aznan akan pulang ke LD pada minggu hadapan kerana akan mengadakan majlis aqiqah untuk Khadeeja. Dan sudah tentu Fairuz dan Haziq ikut sekali.
Allah ya Allah! Rasa rindu terhadap anak-anak tidak ada penghujungnya!
10 comments
Masyaa Allah....
BalasPadamtelan ayaq lioq tengok sup ikan merah tu..
Saya pun kalau ikan besar suka kornea dan gelemair mata ikan( mengorek kembali istilah subject Sains masa sekolah,)🤭🤭 yang berlemak dan juicy.
Daging pipi ikan yang besar juga sedap kan cikgu..Isinya bila disiat macam isi peha ayam kan...ya Allah sedapnya
Sedap ikan ni. Terliur saya tengok gambar kepala ikan masak kari asam pedas tu. Pekat memikat! ^_^
BalasPadamApa lagi masak lauk macam-macam untuk Abang Aznan dan Fairuz biar puas mereka datang LD.
BalasPadamAda2 je ilham masakan Kak Amie ye. Salam Maulidur Rasul :)
BalasPadamKak Amie memang rajin. Ikan seekor masak sampai 3 lauk. kalau saya masak satu sahaja. hehe. Tapi demi anak kan. Lagipun tengok orang makan masakan kita, hilang rasa penat
BalasPadamMacam² masakannya. Semuanya nampak sedap²
BalasPadamTu diaaa.. dari seekor ikan boleh jadi empat jenis masakan. Mambang bukan sebarang mambang ni, hahahaha.
BalasPadamJadi lauk jugak ikan jenahak sebelum pulang ke sarang. Semua olahan lauk sedap sedap kak Amie. Seronok Fairuz dapat makan masakan mommy :)
BalasPadamSedap betul nengok semua hidangan akak tu, dahla ikannya pun besar pulak tu, Puas la dapat makannya kan. Kepala ikan tu masak kari memang best meratah mengerjakan isinya tu, kadang dana kalau masak kepala ikan amik nasi sikit je tapi yang last tu ratah kepala ikan je.
BalasPadamsedapnyaa nampak. seekor ikan tu kak amie bleh masak 3 jenis hidangan ya..
BalasPadam