Sarapan Betik

11:30 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini Amie ingin kongsikan cerita tentang buah betik yang sudah menjadi sahabat sejati di dapur kami. Memang semua sudah maklum banyak sangat khasiat betik. Apa yang ingin Amie kongsikan di sini ialah amalan makan buah betik setiap pagi sebelum mengambil sarapan yang lebih berat. Kami juga jadikan betik sebagai snek atau kudapan sementara menunggu makan berat seperti makan tengah hari.

Memakan buah-buahan sewaktu perut masih kosong boleh membunuh kolesterol jahat dalam badan, pesanan daripada rakan sekerja Amie, seorang guru subjek Sains.


Banyak buah lain yang mempunyai pelbagai khasiat seperti betik. Kami lebih banyak memilih betik disebabkan;
  • Harganya yang lebih murah berbanding buah-buahan lain seperti tembikai yang mencecah RM5.00 sekilogram. 
  • Betik mudah didapati di mana-mana gerai buah-buahan di tepi jalan. Biasanya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Amie akan singgah dan beli buah-buahan terutamanya betik. 
  • Tidak perlu bersusah payah untuk hidangkan betik. Kalau tidak ada masa untuk mengupas dan memotong, belah sahaja buah betik, dan buangkan bijinya. Ambil sudu dan boleh korek isi betik terus bawa ke mulut!
  • Sebab yang seterusnya sudah tentulah kerana memudahkan penghadaman! Sedap saja rasa perut sepanjang hari.




Walaupun beli buah-buahan lain, tetapi tetap juga terselit sebiji dua buah betik. Kadang-kadang beli sebiji betik masak dan sebiji mengkal. Betik yang masak boleh dimakan terus, manakala yang mengkal boleh dijadikan sayur atau masak sup campur dengan ceker.



Kalau beli sebiji betik atau buah betik saiz kecil, biasanya habis dimakan sehari sahaja. Bukan apa, kadang-kadang Amie bawa lebih sebagai bekalan ke sekolah. Balik rumah, sementara menunggu nasi tanak, isi perut dahulu dengan buah betik.


Kalau kebetulan balik kerja sama-sama dengan Encik Suami, dialah tukang pilih buah betik. Katanya kalau pilih buah betik yang melengkung, isinya tebal dan manis.



Dan satu lagi, Di antara tiga atau empat biji betik yang kami pilih, sebiji sudah tentu betik yang sudah masak dan boleh terus dimakan. Betik seterusnya, pilih yang akan masak keesokan harinya, dan seterusnya pilih sebiji yang mengkal untuk dimasak sup.


Tiga kategori betik: Masak, sedang masak dan mengkal.

Betik mengkal. Isinya masih keras tetapi ada rasa manis sedikit, dan sesuai dijadikan sayur atau dimasak sup. 



Kelmarin singgah lagi gerai tepi jalan dan beli betik. Satu kilogram berharga RM3.00. Kesemuanya berharga RM15.00. Boleh dimakan selama 3 hari. Atau mungkin dua hari sahaja... ahaks!




Pagi tadi sarapan sebiji betik. Sebelah untuk kita, dan sebelah untuk Encik Suami. Firdaus tak minat makan betik.


13 comments

  1. Bestnyaaaaa...sedap betul betik tu nampaknya dan memang fav SA jugak Kak Amie....kat office memang selalu beli sebelah...separuh makan sambil buat kerja separuh lagi simpan untuk esoknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurlah ada buah mampu beli untuk dinikmati setiap hari.

      Padam
  2. Beberapa kali menanam betik tapi tak menjadi..

    BalasPadam
  3. Tak pasti harga betik kat sini murah ke tidak sebab tak pernah beli betik. Risau tak tahan lama. Nanti bolehlah beli betik ikut kategori, boleh makan hari hari. Terima kasih share infonya kak Amie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu sekali-sekala saja beli dan makan betik sebab bukan buah kegemaran. Sekarang memang betik wajib ada setiap hari.

      Padam
  4. Banyak betul khasiat betik. Tang penghadaman tu paling penting. Perut selesa, hati pun senang

    BalasPadam
  5. Huhuhu...
    awat la payah nak dapat betik tempat saya ni...Yang ada hanya betik solo.itu pun kadang-kadang ja dan harga dah nak macam durian
    huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betik solo tu kategori kayangan ke Mama Cella? Itu pasal harganya mahal kot. Mesti lain rasanya dari betik biasa. Kami pun tak tahu apa jenis betik yang selalu dibeli ni hihihiii..... asalkan rupa betik, beli saja.

      Padam
  6. berapa harga sekilo betik dekat sana kak? dekat sini sekilo pun dah rm5 ke rm6 tau, dulu murahla rm4 sekilo boleh dapat lagi. Teringat pokok betik jiran sebelah nampak dah ada buah nya muncul tapi dikerjakan kera pulak pokoknya, abis terbantut berguguran semua buah yang putik lagi

    BalasPadam
  7. Komen dekat sini pun hilang jugak kak, kemanalah perginya komen tadi. Dekat LD murah ke kak harga betik nya? sekilo berapa kah kak? dekat semenanjung sekarang sekilo pun dah rm5 ke rm6 kak, tak murah jugak. Teringat pokok betik jiran sebelah yg nampak dah berbunga dan ada putik buahnya, tapi dikerjakan kera pokoknya habis terbantut terus jadinya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe