Warung Kampung : Indonesian Food Taste
9:37 PTGMelihat menu yang ditawarkan di warung ini, ternyata bukannya dari masakan Jawa, Betawi atau Sunda, bahkan jauh sekali masakan dari Sumatera. Lauk-pauk pilihan untuk makan nasi campur termasuk ayam palekko'. Nah! Itu menu spesial masakan Bugis. Barangkali tidak silap kalau Amie katakan warung ini menghidangkan masakan dari daerah Sulawesi. Selain ayam palekko' ada hidangan kapurung yang Amie nikmati sebelum ini. Kemudian, buat kali keduanya, Amie berpeluang mencicipi coto makasar pula. Begedil jagungnya pula, sampai Amie beli bawa pulang!
Tengah hari tadi, Amie bersama Encik Suami menjamu selera sekali lagi di sini. Kali ini Encik Suami memilih Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang. Dan Amie memilih kapurung. Doktor gigi nasihatkan jangan makan makanan yang keras buat sementara waktu, jadi kita pilih sajalah kapurung yang hanya perlu ditelan tanpa usaha mengunyah terlebih dahulu.
Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang. |
Coto Makasar. |
Sambal Coto Makasar. |
Bakso. |
Sambal Bakso. |
Kapurung Spesial. |
Nasi Goreng Ikan Bolu Tanpa Tulang: RM18.00. |
Semangkuk sup kosong. |
22 comments
nampak lain daripada biasa
BalasPadamTentunya sedap
Menu Bugis Wak.
PadamItulah pelik kak Amie tak order Ikan Bolu kegemaran kak Amie. Rupanya ada sebab. Kapurung pun sedap nampak. Walaupun tak pernah makan coto makasar tapi sure sedap!
BalasPadamSedap juga makan makanan berkuah ni Fizah. Panas dan pedas, memang meleleh-leleh laaaa....
Padamcoto makasar tu nampak menggiurkan betul!
BalasPadamYa, perahkan jus limau kasturi, bubuh sambalnhya, memang menjadilah.
PadamSemuanya nampak menggoda untuk dicuba. Terus saya buat carian pasal Kapurung 😀
BalasPadamKalau Melayu Brunei, terkenal dengan ambuyat. Bugis pula kapurung. Sama bahan asasnya, sagu.
PadamHehe telang sahaja ya kapurung
BalasPadamYa, kapurung telan saja dengan kuah, tak perlu kunyah.
PadamKali pertama dengar Kapurung. Pandai kak Amie beza-bezakan makanan dari daerah mana satu. Kalau saya tau makan aje. Thanks for sharing. Banyak ilmu and menu baru boleh belajar
BalasPadamSeronok dapat bezakan menu masakan pelbagai daerah dan kaumnya. Dapat kenal budaya mereka.
PadamMenarik sangat menunya, Kak Amie. Patutlah tu sampai tiga kali datang di bulan Oktober saja. Bilalah sy dapat makan Coto Makassar tu kalau tak ditukang sendiri, kan. Macam lamberrrtttt lagi nak ke sanun.
BalasPadamCoto Makassar memang sedap kalau kena gaya masakannya. Lain tempat makan kita masuk, mesti ada sedikit beza rasa walaupun gunakan bahan yang sama.
Padamsedapnya nampak combination nasi goreng tu kak.. Coto Makasar pun pekat tu mesti kaw
BalasPadamBetul Mamapp. Kita pun tumpang sesudu dua nasi goreng dengan ikannya tu.
Padamalaa...menriknya dua2 hidangan...nampak sedap tu ha....
BalasPadamJemput SA.
Padamya ampunnnn semua nampak sedap kak oi.... penuh lengkap lauk macam2 dekat nasi gorengnya
BalasPadamkalau sambal dia sedap, mmg sedap la mknn dia kan
BalasPadambest betul tengok segala macam restaurant dekat rumah akak ni, semua sedap2
BalasPadamMenariknya ikan bolu tanpa tulang...syoknmakan takyah fikir tulang...Kapurung tu juga kita teringin nak rasa..Coto makasar masih belum ada kepercayaan kepada diri sendiri nak masak..tapi sangatlah teringin nak rasa
BalasPadam