Sumbangan untuk Murid
10:54 PGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas, kami terima khabar duka.
Salah seorang anak murid kami terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan menuju ke sekolah.
Doktor di Hospital Lahad Datu memaklumkan sebelah matanya cedera.
Pada hari yang sama terpaksa dibawa ke Hospital Tawau untuk pembedahan.
Sekarang dibawa pula ke hospital di Kota Kinabalu.
Khabarnya, matanya tidak dapat diselamatkan.
Doktor beritahu, matanya yang cedera itu terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan mata batu.
Guru-guru sepakat membuat kutipan derma untuk disumbangkan bagi mempermudahkan urusan pembedahan matanya.
Mudah-mudahan anak murid kami ini selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat serta dapat mengikuti PdP seperti biasa.
Murid kami ini calon SPM 2022/23.
Sumbangan yang terkumpul. |
18 comments
Allahu...semoga dia & keluarga tabah menghadapi ujian ni...
BalasPadamAllahuakbar..moga urusan murid tu dipermudahkan .. aamiin. moga adik tu pun kuat semangat hadapi dugaan ni.. alhamdulillah..dpt la bantu2 skt mana yg patut kan.
BalasPadamAllah kesiannya.. dh la pelajar SPM.. semoga dia dpt moral support dari family, kawan2 dan org sekelilinya..
BalasPadamAllahuakbar besar ujiannya semoga baik-baik semuanya..
BalasPadamAllahuakbar..berat ujian ni. Semoga Allah permudah segala urusan mereka sekeluarga. Semoga murid tersebut kuat semangat. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Aamiin...
BalasPadamAllahuakbar.. semoga anak murid dan keluarga tersebut tabah dengan kejadian yang dihadapi dan Allah permudahkan segala urusan mereka.
BalasPadamAllah...sedihnya.
BalasPadamMoga Allah permudahkan urusan rawatan anak ini dan dikurniakan ketabahan.
Allah kesiannya dia kak, moga dia tabah dan kuat, dan cepat sihat ya. Harapnya sumbangan itu dapat lah membantu apa yang patut ye kak.
BalasPadamAllahu, kesiannya, semoga urusannya dipermudahkan dan kembali sihat seperti sediakala..
BalasPadamAllahu Akbar, berat ujiannya. Moga dipermudahkan urusannya aamin 🤲
BalasPadamAduh.... kasihannya.... T_T
BalasPadamAllahuakbar..moga murid tersebut diberi kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut. Moga dipermudahkan urusan beliau. Kesian dia 😔
BalasPadamAllahu ..
BalasPadamSemoga Allah mudahkan urusannya dan ganjarkan pahala atas ujian yang diberi
Allah...semoga operation berjalan lancar dan diringankan kesakitannya selepas tu
BalasPadamKasihannya. Semoga selamat operate dan takde komplikasi lain. Tahniah cikgu semua cakna kebajikan anak murid
BalasPadamTerima kasih atas doanya semua. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan pembedahan matanya, dan kembali sihat datang ke sekolah.
BalasPadamAllahu akbar. mudah-mudahan sekarang harapnya murid tu dah sembuh. kak amie, dlm kes ni dia dia termsk dlm golongan oku ke nnt?
BalasPadamsmoga anak murid kak amie cepat sembuh. dugaan berat sebelum exam..
BalasPadam