Sarapan Ubi Rebus Goreng Air Fryer

8:35 PG

Selepas solat Subuh, terdengar perbincangan di antara Abang Farid dengan Fairuz. Rupanya Abang Farid meminta Fairuz membeli makanan di gerai. Awal pagi sangat! Matahari pun belum terbit. Rupanya Abang Farid akan keluar ke bandar menguruskan kad banknya yang hilang beberapa hari lepas sewaktu dia keluarkan duit dari ATM. Pengalamannya dua minggu lepas terpaksa beratur panjang dari pukul 6:30 pagi hingga 11 pagi di JPJ, membuatkan dia rasa serik menunggu lama. Katanya, sewaktu beratur di tepi jalan menuju ke pagar JPJ dalam keadaan matahari memancar, ada insan baik hati menghulurkan air mineral kepada mereka yang sedang berbaris. Itu merupakan kali ketiga Abang Farid ke JPJ. Dua kali sebelumnya, disuruh pulang saja kerana orang ramai yang sedang menunggu sudah terlalu ramai. Rupanya, seawal pukul 6:30 pagi mereka yang ingin berurusan dengan JPJ sudah mula beratur. Kelmarin, Encik Suami mengeluh panjang kerana terpaksa menunggu lama ketika menemani Fairuz membuka akaun bank. Huurrmmmm....! Sesungguhnya musim wabak yang belum berpenghujung ini sungguh mencabar kesabaran. Banyak urusan tergendala, atau menjadi lebih lambat untuk diselesaikan.

Oleh kerana anak-anak sudah ada sarapan masing-masing, Amie pun kupas 3 ketul ubi kayu saiz kecil. Rebus dan toskan. Kemudian Amie gaul dengan sambal tomato, baki terakhir setelah 3 hari anak-anak makan, dan tambahkan udang kering tumbuk. Ubi rebus yang sudah bersalut sambal tadi, Amie goreng menggunakan air fryer selama 10 minit di bawah suhu 180'.

Ubi Rebus Goreng Air Fryer


Inilah sarapan yang dibeli Fairuz. Mee hoon goreng dengan ayam goreng dan kaki ayam masak kicap.

Abang Farid pula dengan mee goreng dan ayam goreng.


Ini pula untuk si raja ikan, Fuad. Walaupun raja ikan, ayam pun dia pulun juga! Firdaus memang tak mahu makan. Biasanya budak kecil ini minum susu di waktu pagi. Jadi Abang Farid hanya minta Fairuz belikan 3 bungkus sarapan sahaja.

Beza makanan dua zaman.
Zaman ubi kayu.
Zaman alaf baru.


Secawan kopi Tenom



Di pagi yang tenang dan nyaman ini marilah kita muhasabah diri, berdoa agar ditetapkan hati dalam iman dan ketaatan kepada-Nya. Sesungguhnya hati kita kerap berbolak-balik seperti bulu di atas pokok yang sering berubah-ubah ketika ditiup angin. Hati juga dikatakan lebih cepat berbolak-balik  dan diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk. Marilah kita bersama-sama berusaha menjaga apa yang ada di dalam hati agar tetap berada dalam kebaikan. Itulah antara sebab mengapa sebagai hamba-Nya yang dhaif, kita dituntut untuk memohon hidayah sekurang-kurangnya 17 kali sehari, dalam solat.

Dalam riwayat At. Tirmizi,  dalam kebanyakan doa Rasulullah S.A.W ialah:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Wokeeyyy....
Selamat berBDR, dan niatkan kerja sebagai satu ibadah.

19 comments

  1. sedapnya kak ubi goreng tu.... dah lama tak makan ubi goreng gitu... rindu betul
    nampak mcm lembut betul kaki ayam tu, mesti sedap...
    bekas makanan tu yang kecik atau ayam goreng tu yg besar kak?

    BalasPadam
  2. @norhidana Kaki ayam tu memang lembut, terlerai dari kulit sebab proses goreng garing lepas tu rendam bagi kembang, style orang sini masak kaki ayam tu. Saiz ayam goreng tu memang besr, tapu tu saiz stardard macam biasa.

    BalasPadam
  3. Teringin pula makan ubi kayu. Sedap tengok ubi kayu Sambal tu.

    BalasPadam
  4. Kita kalau ada ubi goreng, memang tak pandang yang lain, hehehe

    BalasPadam
  5. yummmmmyyyy, makanan petang ada ni.. ubi kayu cicah garam pun da sedap

    BalasPadam
  6. ubi kayu rebus dan air kopi mmg terbaik..

    BalasPadam
  7. sedap tu ubi kayu. ingat nak cuba buat mcm amie buat. macam2 sedap dibuat dgn ubi kayu ni kan.

    BalasPadam
  8. Belum pernah cuba tapi nampak sedap :)

    BalasPadam
  9. Aamiin. Btw sesuai sgt makanan ni utk pepagi. akan bertambah semangat nak buat kja

    BalasPadam
  10. Rasanya pagi td baru komen ubi rebus kt entri amie... ptg ni dh ada entri ubi rebus goreng AF ye... sedapnyaaaa

    BalasPadam
  11. Wahhh... Saya pernah try goreng ubi yang sudah dieebus tapi macam menyerap minyak... Boleh try ni guna airfyer

    BalasPadam
  12. Tak sabar nak cuba tapi air fryer yang PH order belum sampai lagi hah..hah..

    BalasPadam
  13. Sedapnya ubi kayu. Betul la tu, disebabkan penjarakan sosial, nak masuk ke dalam satu2 premis tu kena beratur panjang. Memang mencabar iman. Sama-samalah kita doa Allah kuatkan iman kita dalam cubaan kali ni. Tengah macam ni memang syaitan suka

    BalasPadam
  14. Menariknya kak ubi kayu tu disalut sambal sebelum digoreng. Kena cuba ni. Tapi, kenalah saya cari ubi dulu 😊

    BalasPadam
  15. ubi rebus pun saya suka.. makan saja atau kadng2 kalau rajin buat sira gula. dah rebus then guring belum pernah buat..

    BalasPadam
  16. Unik betul hidangan Ubi Rebus Goreng Air Fryer tu kak amie. Memang berbeza hidangan orang lama dengan generasi sekarang. tapi dua dua pun sedap pada saya :)

    BalasPadam
  17. Yang sedap tu la yang SA x leh makan...aduhai...

    BalasPadam
  18. sedapnya.. ubi rebus lama tak mkn.. paling suka cicah dengan gula

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe