Sambal Penyet Versi PKPB

7:15 PTG

Sambal tomato sudah habis.  Fuad dan Fairuz tercari-cari sambal di dapur! Katanya, kenapa Mommy tak buat sambal lagi? Fuad dan Fairuz suka sangat makan nasi ayam penyet, dan nasi lalap. Kalau makan di luar, macam-macamah rasa sambal penyet, dan rasanya pun sama saja kalau dihidangkan dengan nasi ayam penyet atau nasi lalap. Bezanya dari satu restoran dengan restoran lain ialah rasa kepedasannya. Ada yang terlalu pedas sehingga meleleh air mata Fairuz menahannya. Ada yang kurang pedas, dan apabila terjumpa sambal penyet kurang pedas memang selalunya Fairuz minta tambah!

Jom kita buat sambal penyet. Hari ini mendung sepanjang hari. Hujan hingga ke petang. Masih lagi gantung periuk sebab dua hari ini dapat undangan ke majlis kesyukuran. Malam tadi di rumah kakak ipar, hari ini di rumah adik ipar pula. Jadi, dapur yang tak berasap kita asapkan dengan Sambal Penyet Versi PKPB. Saja jew guna istilah versi PKPB, yang kononnya membawa maksud gunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur... ahaks! Oleh kerana tidak ada buah tomato biasa, Amie gunakan tomato ceri dan tomato kampung saja. Tidak ada sukatan tertentu yang Amie kongsikan. Amie hanya kongsi bahan sahaja. Orang kata masak main campak-campak. 

Sambal Penyet Versi PKPB


Cili minyak & cili merah.

Belacan, bawang besar, bawang putih dan bawang merah.

Tomato ceri & tomato kampung



Seperti biasa, goreng bahan-bahan di atas. Amie gunakan sedikit minyak sahaja nak bagi semua bahan layu sahaja sebab selepas itu Amie tumis semula. Mula-mula Amie goreng kesemua bawang dan apabila bawang nampak layu, Amie masukkan belacan.  Apabila belacan terbit aroma, Amie angkat kedua-duanya dan toskan. Tomato dan cili padi serta cili merah itu Amie goreng sekali dan setelah layu, angkat, kemudian toskan. Oleh kerana kuantitinya agak banyak, tak laratlah nak tumbuk dengan lesung....kah! Jadi Amie kisar saja. Kisar kasar-kasar.
Gunakan semula minyak bekas gorengan kesemua bahan tadi. Panaskan minyak tadi dan masukkan kesemua bahan kisar. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.  Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
Fuad dan Fairuz kata sambal penyet tak berapa sedap sebab tak pedas! Tak mengancam... ahaks. Yang nak makan pun anak-anak, jadi Amie ikutkan sajalah selera mereka. Amie goreng cili padi kampung, kisar dan masukkan ke dalam kuali berisi sambal penyet yang sudah siap. Masak sekali lagi.

Cili padi tambahan

Sambal penyet dah siap. Sekali lagi tukang rasa beri komen. Fuad kata, ada sesuatu yang Mommy tak masukkan dalam sambal. Walaupun tidak terdapat dalam kebanyakan resepi sambal penyet, tapi Amie tahu apa bahan tersebut. Di akhir sentuhan dalam masakan sambal, biasanya keluarga sebelah Encik Suami akan perahkan jus limau nipis. Yang ada hanya limau kapas, jadi Amie perahkan sedikit jus limau kapas. Tak perlu banyak, cukuplah sekadar rasa asam saja. 


Tak dapat dijangkakan, berapa hari sambal penyet ini boleh bertahan.

15 comments

  1. Nampak sungguh menyelerakan. Sambal penyet paling sedap pernah Kita makan ialah buatkan maid ibu mertuaku, sungguhhhhhh wallaweiii

    BalasPadam
  2. nasi penyet memang sedapp , sukaaa he hee
    kat keramat ni ada satu gerai ni selalu juga beli sambal, ayamnya sedappp

    BalasPadam
  3. mesti pedasni..... kalau Atul makan, mau berair mata hehe

    BalasPadam
  4. Semua bahan ada dalam peti ais, cili pulak takde. Kecur dah ni nampak sambal penyet ni.

    BalasPadam
  5. saya dan anak-anak suka sambal penyet ni, tapi tak boleh buat selalu sebab en suami tak suka sangat..huhu..

    BalasPadam
  6. Anak2 makan pedas ye? Sedapnya nampak sambal tu 😘

    BalasPadam
  7. Saya pun baru belajar buat sambal penyet masa PKP bulan Mac. Oh ya ada guna limau ya, saya ingat tomato sahaja untuk sedikit masam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. NA, kalau dah ada rasa masam tomato tak perlu tambah bahan lain UTK masamkan lagi. Jus limau tu saya tambah sebab tekak anak-anak memang sukakan masam limau nipis.

      Padam
  8. Mesti mengamcam kaw2 ni, makan dengan nasi panas2, ada ikan goreng lawan ulam timun pun rasanya dah cukup sedap kan Amie.

    BalasPadam
  9. Sambal ayam penyet ni wajib ada kat rumah. tak selera makan kalau tak ada sambal pedas pedas ni. pembuka selera sebenar :) saya pun buat 2 kali masak macam kak amie cuma tak letak belacan dan limau.

    BalasPadam
  10. Terus rasa air liur meleleh.
    Wah Terima Kasih banyak2 kongsi resepi Kak.

    BalasPadam
  11. Cili padi tu yang buat rasa menyengat tu..

    BalasPadam
  12. Hari tu kan kak amie..SA cuba masak sambal penyet style kak amie ni...x jadi la..x tau la kenapa dan apa yang kurang..kena try n error lagi nampaknya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe