Cerita Hari Sabtu

9:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, Sabtu 01 Oktober 2022 merupakan hari cuti umum sempena hari jadi Yang di Pertua Negeri Sabah. Ada program di sekolah yang perlu dihadiri. Sebilangan rakan guru menengah atas bagi subjek Matematik terlibat dengan program SPM, memasak untuk peserta program dan menjadi fasilitator Reach for the Star.  Kami pula, menyambung tugas yang tergendala sepanjang bulan kemerdekaan. Memandangkan setiap hari Sabtu diisi dengan pelbagai program yang bertindih, jadi bidang dan panitia mengalah sahaja. Akhirnya hari ini dapatlah kami jalankan program tersebut iaitu pertandingan koir untuk murid menengah rendah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Letih! Memang tak boleh diluahkan dengan kata-kata. Namun, tetap juga berusaha untuk berlapang dada. Apabila melihat semula gambar-gambar yang sempat kita ambil, rasa seronok pula melihat wajah-wajah ceria para peserta. Kita tak kenal murid menengah rendah yang sebahagiannya belajar di sesi petang sebab kita mengajar kelas menengah atas yang terlibat dengan SPM. Bagaimanapun, kita wajib berada di dewan terbuka sepanjang pertandingan berlangsung kerana kita ketuanya.

Pertandingan koir sempena bulan kemerdekaan mendapat sambutan hangat daripada murid-murid. Mereka berusaha sehabis baik mempersembahkan lagu-lagu pilihan setiap kumpulan. Selain itu mereka juga memilih pakaian mengikut tema patriotisme. Kita kongsikan beberapa keping gambar pakaian tradisional yang sempat dirakam.

Pakaian Tradisional Puteri Perak.

Pakaian Tradisional Puteri Perak.




Peserta koir memakai pelbagai pakaian tadisional mengikut suku kaum masing-masing.


Para peserta koir sedang menunggu giliran untuk naik ke pentas.



Pakaian tradisional kaum di Sabah.


Kita kurang ilmu pengetahuan untuk menamakan jenis pakaian tradisional yang dipakai oleh para peserta.Oleh kerana banyak suku kaum dan banyak jenis pakaian tradisional yang digayakan, jadi kita tidaklah berani menyebutnya, takut berlaku kesilapan.


Murid ini memakai baju bodo, pakaian tradisional masyarakat Bugis.


Murid keturunan India boleh dikira dengan jari sebab bilangan mereka sangat sedikit di negeri Sabah. Kita sempat tangkap sepasang.


Dalam debar menanti giliran untuk membuat persembahan, mereka sempat mengukir senyum!


Rupanya, ada dua orang murid yang memakai pakaian tradisional Puteri Perak! Dan kedua-duanya merupakan adik-beradik kembar!









15 comments

  1. cantik2 pakaiannya. kat sekolah anak saya tiap hari khamis dorang guna pakaian kebangsaan. comel2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya sekolah anak ye. Bagus tu ketengahkan budaya yang diwarisi.

      Padam
  2. Alahai cantik-cantik semuanya. Hilang penat lelah cikgu tengok kesungguhan anak murid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat mengurus memang tak boleh nak cakap. Selesai sahaja program, kami rasa lega yang amat sangat! Terlepas satu beban yang dipikul mengurus selama 2 bulan.

      Padam
  3. Bagus mengenengahkan pakaian tradisional kepada anak-anak sekolah agar mereka mengenal warisan dan kebudayaan khususnya negeri Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ramai teruja pada hari itu Encik Fairus. Kagum dengan busana yang diperagakan. Unik-unik belaka. Sayangnya tidak semua suku kaum menampailkan pakaian tradisi mereka.

      Padam
  4. Oh, patutlah ada dua Puteri Perak, keduanya sama jelita tapi sy berkenan pakaian tradisional kaum di Sabah, tu.. tak silap kaum Kadazan, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Kadazan-Dusun, ada Idahan, ada Bugis. yang tutup mulut si manis itu pakai baju Idahan.

      Padam
  5. Cantik-cantik menawan puteri Malaysia...ganteng pula puteranya...
    Semoga negara kita kekal berdaulat aman sejahtera dalam masyarakat berbilang bangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan mereka kenal akar umbi, ada jati diri dan bangga dapat mewarisi tradisi warisan budaya dari nenek moyang.

      Padam
  6. Cantik-cantik semuanya. Sporting mereka menggayakan busana tradisional.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, cantikkan. Harapnya generasi muda hari ini kenal khazanah budaya nenek moyang mereka.

      Padam
  7. cantik-cantik semuanya kak, bersemangat mereka dengan pelbagai gaya baju dari pelbagai kaum di Sabah dan Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana. Kami pun teruja atas usaha murid dan ibu bapa yang sporting sokong aktiviti sempena bulan kemerdekaan.

      Padam
  8. Acara macam ni memang seronok dan meriah. Hilang penat bila tengok gambar semua ceria je. Masing masing bagi komitmen dan memeriahkan acara. Suka tengok bermacam-macam jenis baju. Lahh patutlah rasa macam muka sama awal-awal tu. Rupanya adik beradik. Comel!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe