Hari ini 30 September.26 tahun yang lalu, arwah MIL dukung Abang Farid masuk ke rumah buat pertama kali setelah lahir ke dunia. Dua minggu sebelum jangkaan bersalin, arwah MIL & FIL suruh kami tinggal di kampung. Maklum sahajalah, menanti kelahiran anak pertama, tanpa pengalaman dan tidak bersama keluarga sendiri sudah tentu seribu satu rasa berperang dalam diri. Arwah MIL dan FIL mahu Amie...
Jumpa lagi.Berehat seketika dari BDR. Sarapan apa pagi tadi?Amie masak Kuetiau Sup Udang.Kali ini Amie kisar kulit udang, tapis dan masukkan dalam ramuan sup.Rasanya?Sudah tentulah sangat sedap!Firdaus pun minta tambah kuah sup dalam mangkuk! Tapi budak kecil ini hanya meratah udang dan fish cake saja....hiks!Bahan-bahan untuk sup:1 cawan isi udang1 cawan fish cake1 cawan hirisan sawi jeruk1 cawan hirisan lobak merah1 batang sawi -...
Setiap kali terpandang buah nangka di pasar, rasa ingin beli dan masak dengan daging. Amie pernah terlihat menu daging dimasak bersama hirisan nangka, tetapi hanya sekali pandang sahaja ketika lalu lalang di laman FB. Amie cuba cari tetapi tidak jumpa. Masakan itu bukan dari negara kita. Rasanya dari negara China. Apa yang Amie ingat, daging lembu dihiris tipis kemudian ditumis menggunakan api yang...
Kali ini, Team Sedekah Jariah kami telah menyumbang sebanyak RM1,260.00 untuk tujuan infaq kain kafan. Harga satu set kain kafan yang lengkap ialah sebanyak RM210.00. Wang tersebut telah digunakan untuk membeli kain kafan bagi meringankan beban keluarga yang menghadapi kematian terutamanya dalam keadaan wabak Covid-19 di LD yang belum menjanjikan penurunan yang diharapkan.Penyerahan set lengkap...
...
Berfikir sejenak untuk tulis tajuk entri kali ini.Teringat ajakan kawan-kawan : Kupi kupi dulu bah. Maksudnya : Mari minum kopi.Amie nak ajak kawan-kawan maya makan sate : Jom menyate! Macam tak sesuai pula sebab dalam Kamus Dewan menyate bermaksud membuat sate. Lari pula tujuan asal nak ajak makan sate tiba-tiba suruh buat sate pulak.... ahaks!Jom sate-sate...... lain macam bunyinya.Jom makan sate!Sate Ayam &...
Jumpa lagi di pagi Selasa nan indah. Jenguk ke luar jendela, nampak mendung tapi hawa dingin cukup nyaman.Pancaran cahaya matahari terasa hangat walaupun pemandangan alam sedikit kelam.Sudah minum pagi?Jom sarapan Kuetiau Goreng Dengan Udang.Kelmarin dapat teguran apabila Encik Suami terpandang sebotol besar Sos Char Kuey Teow Nona yang telah lama dibeli tetapi masih belum digunakan. Sebelum teguran menjadi bebelan, kita pun terus kata :...
Bubur candil memang sedap!Tambah sedap kalau tambahkan pelbagai bahan tambahan mengikut selera.Zaman dahulu kalau nak makan bubur candil kena tunggu bulan puasa. Waktu itu segala bubur dan pengat semua keluar! Seronok sangat kalau bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga. Kalau disebut pengat atau bubur memang pelbagai jenis ada. Biasanya kami akan bertukar-tukar juadah seperti pengat pisang, pengat ubi, pengat keladi, pengat sukun dan pengat...
Jumpa lagi di pagi Isnin yang redup. Moga semua dalam keadaan sihat sahaja. Masak apa tengahari ini? Amie belum jenguk dapur, tetapi Amie akan kongsikan salah satu menu hidangan tengahari kami kelmarin iaitu Sambal Belacan Buah Duku.Sebelum itu bolehlah lihat resepi sambal belacan Amie's Little Kitchen dengan buah-buahan seperti di bawah ini:SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUHSAMBAL BELACAN BUAH TERAP@TARAPSAMBAL BELACAN BAMBANGANSAMBAL BELACAN MANGGASAMBAL BELACAN...
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa agaknya sarapan rakan-rakan maya pagi ini?Amie tanya Firdaus nak sarapan apa. Biasanya Firdaus akan sebut apa makanan yang disukainya. Dari kelmarin setiap kali Amie tanya nak makan apa, jawapannya : Entahlah. Risau pula kalau budak kecil ini jadi murung kerana trauma atas kematian anak kucingnya hari Jumaat lalu.Encik Suami minta...
Jumpa lagi.Baru sempat buka blog. Harap semua rakan maya sihat-sihat sahaja.Pagi tadi bertugas di pusat vaksin, membantu proses pendaftaran murid untuk mendapatkan suntikan. Oleh kerana pusat vaksin berada di sekolah lain (digunakan untuk mengurus vaksinasi murid daripada 3 buah sekolah berhampiran), jadi minta Encik Suami hantar. Bukan apa. Takut tak dapat tempat letak kereta sebab nanti akan berlaku kesesakan. Maklum sahajalah murid akan hadir...