Tenggiri Kering Masak Lemak Nanas
8:35 PTGBiasanya kita masak ikan tenggiri segar tapi kali ini saya cuba masak ikan tenggiri kering. Oleh kerana ini merupakan kali pertama, tentulah banyak kekurangannya dan saya harap kali kedua dan seterusnya ada penambahbaikan dalam masakan sebegini.
Bahan-bahan:
sepotong ikan tenggiri kering (potong 4 - potong lebih kecil lebih baik)
10 keping potongan nanas segar
1 rumpun sawi pahit (potong-potong)
1 cawan santan pekat
15 biji cili padi (ditumbuk)
5 biji bawang putih (ditumbuk)
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
secubit garam
1 sudu kecil gula
Cara:
1. Panaskan 400ml air dan masukkan ikan tenggiri kering bersama nanas dan bahan-bahan yang ditumbuk, asam gelugor dan serai serta serbuk kunyit. Biarkan mendidih sehingga nanas layu.
2. Masukkan santan, dan sawi pahait serta garam dan gula.
3. Kacau sekali sekala supaya tidak pecah santan.
4. Tenggiri kering masak lemak nanas sedia untuk dihidangkan.
0 comments