ADSENSE

Selasa, 18 Januari 2011

Ikan Baulu Masak Singgang

Tiba-tiba teringin nak makan ikan masak singgang. Walaupun sudah ada ikan layar masak stik, tapi selera saya kurang sikit.... biarlah anak-anak dan suami makan sepuas-puasnya ikan layar tu...


Bahan-bahan:
2 potong ikan baulu
6 keping nanas segar
6 biji kacang bendi
3 biji cili merah
3 biji bawang putih (ditumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk kasar)
sedikit lengkuas (ditumbuk kasar)
1 batang serai (dititik)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak
300ml air

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan serbuk kunyit.
3. Masukkan nanas dan layukan sebentar.
4. Masukkan air dan biarkan masak bersama nanas sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan. Biarkan seketika sehingga masak.
6. Masukkan kacang bendi diikuti dengan serbuk pati ikan bilis.
7. Jika kurang masin, tambah garam, jika kurang masam tambahlah asam... nanas saya dah masam, jadi tak perlu tambah asam.

Tiada ulasan: