ADSENSE

Rabu, 19 Januari 2011

Sup Daging Dengan Jagung

Kakak sulung saya pesan, kalau nak rasa sup yang lebih sedap, letak bawang putih banyak-banyak. Saya ikut petuanya, memang sedap, daging lembut, bawang pun hancur.... aromanya sangat menyelerakan. Hari ini saya ingin menghabiskan sedikit lebihan daging lembu dalam peti sejuk. Saya masak sup dengan jagung manis dan sedikit cendawan shi-take. Selalunya kalau masak sup, mesti ada lebih, sekurang-kurangnya kuahnya, tapi kali ini licin....

Bahan-bahan:
300 gram daging cincang
1 batang jagung manis (potong menjadi 5 ketul)
3 kuntum cendawan shi-take (rendam dan belah 2)
7 biji bawang putih (pecahkan)
1 labu bawang besar (belah 4)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
2 cm halia muda (dihiris nipis)
garam & perasa
daun sup

Cara:
1. Rebus daging bersama bawang putih,bawang merah dan halia di dalam 1 liter air.
2. Apabila masakan mendidih, perlahankan api dan renehkan sup selama 1 setengah jam.
3. Masukkan jagung manis dan cendawan. Biarkan 10 minit.
4. Masukkan serbuk lada putih, garam dan perasa.
5. Angkap dan hidangkan. Taburkan daun sup dan bawang goreng jika suka.

Tiada ulasan: