ADSENSE

Ahad, 16 Januari 2011

Sayur Goreng Campur

Hujung minggu merupakan hari untuk mengemas segala perkara termasuk mengumpul lebihan sayur-sayuran. Nampaknya ada beberapa jenis saki baki sayur yang tidak habis dimasak sepanjang minggu lepas. Ada sedikit lobak merah, cekuk manis, brokoli, dan petola. Eloklah dihabiskan pada hari ini memandangkan kalau disimpan pun tentu keadaan sayur-sayur tu bukan bertambah segar. Seperti biasa, kalau kuantitinya sedikit, dicampur itu ini tentulah jadi banyak seperti di bawah ini...

Bahan-bahan:
1/2 batang lobak merah (potong-potong)
3 kuntum cendawan shi-take (cuci dan rendam dalam 150ml air)
brokoli
cekuk manis
5 keping kek ikan
1 biji lada merah
3 biji bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (cincang)
sos tiram
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan lada merah, lobak merah dan kek ikan. Biarkan seketika.
3. Masukkan cekuk manis dan brokoli. tutup kuali antara 30-45saat supaya cantik warna hijau sayur-sayuran.
4. Tuangkan sos tiram. Gaul rata.
5. Masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Taburkan serbuk pati ikan bilis.
7. Sayur goreng campur siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan: