Nasi Tomato
5:02 PTGAssalamualaikum semua....dan salam Ahad yang masih basah...hujan sepanjang waktu. Nampaknya tak bolehlah buat aktiviti luar rumah pada hari ini. Anak-anak pun sibuk bantu ayahnya mengemas kabinet dapur... maklum, segala lipas dan bertelur menetas, kenalah sekali-sekala buat 'operasi lipas' he he he... Oleh kerana musim sejuk (winter????).. yang dinginnya sampai menyucuk tulang, dan bersin pun mula kedengaran sekali-sekala, agaknya dah masuk angin sejuklah tu... saya fikir bagus juga saya masak yang panas-panas untuk keluarga. Masak nasi tomato tapi lauknya lain sikit... acar rampai tu kira biasalah, tapi saya padankan nasi tomato dengan ayam panggang oregano bersos lada hitam.
Biasanya masak nasi tomato orang gunakan beras basmathi, tapi tak ada beras basmathi, guna beras wangi atau beras siam pun boleh. Tak ada semua jenis beras tu, guna beras biasapun tak ada salahnya. Lauknya pula macam-macam boleh disediakan, taklah terhad kepada ayam masak merah, ayam masak opor pun sedap... cubalah ayam panggang oregano...pasti anda ingin memasaknya lagi...
Bahan-bahan:
4 cawan beras (ikut sukatan rice cooker)
1 tin susu cair
1 tin kecil tomato puri
1 kiub ayam
3cm halia muda (dihiris panjang)
3 biji bawang putih (dihiris nipis)
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 sudu marjerin
Cara:
1. Panaskan marjerin atau mentega dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan tomato puri dan kacau rata.
3. Masukkan susu cair dan kiub ayam.
4. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga kembang dan kering.
5. Masukkan nasi yang telah kering ke dalam periuk pengukus dan kukus 20-25 minit.
6. Nasi tomato siap untuk dihidangkan.
Saya hidangkan bersama ayam panggang oregano dan acar rampai.
0 comments