Surimi Wantan Sup Campur
3:10 PTGSup lagi.... memang dan mesti atau wajib. Kebetulan cuti sekolah. Sup campur sudah semestinya kerana inilah sahaja cara anak-anak saya menghirup sup dan sekurang-kurangnya ada zat dan vitamin yang seimbang dalam pengambilan makanan mereka. Maklum, mereka langsung tidak mahu menyentuh sayur.
Masak sup cara saya sangat mudah. Rebus je semua bahan. Siap dah.... ha... kita tengok apa bahannya untuk sup wantan saya kali ini....
Bahan-bahan:
10 ketul surimi wantan
1/2 batang lobak putih (potong ikut suka)
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka)
15 biji kurma merah (red dates)
1/2 kuntum white fungus (rendam supaya kembang dan kemudian carik2)
3 cm halia (cincang halus)
4 biji bawang putih (cincang halus)
1 labu bawang besar (cincang halus)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
garam / serbuk pati ayam knorr
daun bawang dan bawang goreng (jika suka untuk hiasan)
Cara:
1. Panaskan 1 1/2 liter air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang besar, halia dan kurma merah. Biarkan mendidih.
3. Masukkan lobak merah dan lobak putih. Tutup periuk dan perlahankan api. Renih sup selama 1/2 jam.
4. Masukkan white fungus dan surimi wantan. Biarkan seketika (jangan terlalu lama).
5. Masukkan lada putih dan serbuk pati ayam.
6. Siap untuk dihidangkan
0 comments