ADSENSE

Isnin, 17 Januari 2011

Sotong Goreng Petai Dengan Budu

Masakan saya ini tidak mengikut mana-mana resepi tapi mengikut apa yang ada di dapur... yang terpandang dan terpegang. Ha.... jadilah resepi sotong goreng petai dengan budu. Tak kisahlah.... yang penting ada rasa dan boleh diterima tekak. Habis juga kami sekeluarga memakannya.... memasaknya pun taklah cerewet sangat.

Bahan-bahan:
300 gram sotong (potong ikut suka)
3 papan petai (buang kulit)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk pati belacan
2 sudu besar budu
minyak

Bahan kisar:
7 biji cili padi
3 biji lada merah
1 biji tomato
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan hirisan lada diikuti sotong. Gaul rata.
3. Masukkan pati asam jawa, serbuk kunyit dan serbuk pati belacan.
4. Masukkan budu.
5. Masukkan petai dan gaul seketika sebelum diangkat.

Saya suka makan petai yang rangup.... jadi tak perlu masak lama, tukar saja warna petai, terus angkat.

Tiada ulasan: