ADSENSE

Rabu, 12 Januari 2011

Sup Jagung

Ada tak masakan lain yang semudah memasak maggie? Tentulah ada.... jawapan dari saya sendiri sudah semestinya sup jagung. Biasanya sup jagung ada campuran isi ketam atau bahan-bahan lain. Andainya anda tidak mempunyai banyak masa untuk mencari isi ketam, anda masih boleh membuat sup jagung yang enak. Memasaknya pun tidak lebih dari sepuluh minit. Di bawah ini ialah rupa sup jagung saya .... bahan-bahannya ringkas dan mungkin semuanya memang ada tersedia dalam simpanan dapur anda!


Bahan-bahan:
1 tin jagung krim
300ml air
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
garam atau secubit kiub ayam
hirisan halia (jika suka)

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk.
2. Tuangkan jagung krim.
3. Masukkan kiub ayam. Kacau rata.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga pekat.
5. Pukul telur dan tuang ..... tangan kiri tuang telur sementara tangan kanan terus kacau sup jagung supaya telur tidak berkumpul.... kalau tangan kidal...pandai-pandailah ye...
6. Terus matikan api.
7. Sedia untuk dihidang panas.
Hiaslah ikut suka..... saya mayangkan lobak dan hiris daun bawang.....tak hias pun tidak apa... sup jagung anda tetap lazat! Satu lagi.... tak letak garam atau kiub pun tak apa sebab jagung krim sudah ada rasa masin dan manis.

Tiada ulasan: