ADSENSE

Ahad, 16 Januari 2011

Kerabu Mangga Muda

Terjumpa 3 biji mangga muda dalam peti sejuk. Keadaannya masih elok.... nak buat apa...dengan cara yang paling mudah dan ringkas. Apa yang terpandang oleh mata dan apa yang tercapai oleh tangan, akhirnya jadilah kerabu mangga...cincang-cincang je...siap dah...


Bahan-bahan:
3 biji mangga muda (kupas dan cincang)
2 biji bawang merah (mayang nipis-nipis)
2 batang serai (ambil isinya dan mayang halus)
1 biji lada merah (hiris nipis)
7 biji cili padi (hiris)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil sos ikan

Cara:
1. Campur kesemua bahan yang dicincang dan dihiris ke dalam mangkuk.
2. Gaul dengan satu sudu besar gula.
3. Renjis dengan satu sudu kecil sos ikan.
4. Kerabu mangga muda siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: