ADSENSE

Ahad, 2 Januari 2011

Sayur Goreng Campur

Biasanya saya masak menggunakan bahan yang memang sudah sedia ada di dapur. Mana yang sesuai saya campur dan campak dalam kuali. Saya tidaklah terlalu 'skema' sangat sampai menetapkan bahan apa yang perlu ada baru boleh masak. Sayur saya kali ini campur-campur juga.... mana yang ada dan hasilnya pun seadanyalah...


Bahan-bahan:
4 batang kacang panjang (potong ikut suka)
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka)
2 cawan taugeh
1 cawan dada ayam (potong ikut suka)
1 biji lada merah (potong ikut suka)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu serbuk pati ikan bilis
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah tumbuk dan lada merah. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan biarkan seketika sehingga masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
3. Masukkan lobak merah. Gaul rata.
4. Masukkan kacang panjang dan akhir sekali masukkan taugeh.
5. Jangan lupa masukkan garam atau boleh juga masukkan serbuk pati ikan bilis.
6. Siap dan boleh angkat untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: