ADSENSE

Selasa, 11 Januari 2011

Ikan Kerapu Merah Kukus Cendawan

Saya ada beberapa ekor ikan kerapu saiz sederhana. Ada kerapu merah, bintik-bintik kelabu dan salah seekor lain sikit warnanya.... agak gelap, coklat kehitaman. Istimewa untuk anak-anak yang penat pulang dari sekolah, saya sediakan kerapu merah kukus cendawan.... biar lebih berkilat dan beraroma, saya renjiskan minyak bijan di atasnya. Inilah hasil kerapu merah kukus cendawan saya....


Bahan-bahan:
1 ekor kerapu merah seberat 400 gram
3 kuntum cendawan kering (rendam dan hiris-hiris)
3 cm halia muda (hiris halus)
1 sudu sos ikan
1/2 sudu kecil pati asam jawa
minyak bijan
beberapa butir lada putih (tumbuk)
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
daun bawang (hiasan)

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan asam jawa.
2. Letak ikan di dalam dulang pengukus.
3. Letakkan halia dan cendawan di atas ikan.
4. Renjiskan sos ikan.
5. Taburkan serbuk pati ikan bilis dan serbuk lada putih.
6. Kukus 15 - 20 minit.
7. Renjiskan minyak bijan dan taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba bagi yang belum pernah memasak cara begini. Mudah dan ringkas.

Tiada ulasan: