Teh Nanas
12:36 PTGSetelah menghabiskan hidangan mee hailam, rupa-rupanya si ayah dengan anak menyambung tugas minggu lepas...menyiapkan kolam....memang never ending story, buat seminggu sekali, tak apalah, lama-lama siaplah tu.... nampaknya hanya anak kedua sahaja yang turun padang bersama ayahnya. Nampak berpeluh-peluh anak beranak tu... mesti haus, tapi kami tidak menyimpan ais untuk dibuat minuman sejuk sebab saya biasakan anak-anak minum air masak. Mungkin saya boleh sediakan mereka sesuatu minuman yang menyegarkan walaupun bukan dari jenis minuman sejuk.... rasanya dalam peti sejuk ada nanas...dan yaaaa... saya dapat idea. Ada nanas, ada teh dan madu. Baiklah saya sediakan mereka teh nanas bercampur madu... walaupun cuaca panas, minuman tetap panas.... sewaktu saya berada di tingkatan 3, guru bahasa Inggeris kami memberikan kami tuisyen percuma, dahlah tak payah bayar, cikgu tu pulak sediakan kami minuman. Biasanya Cikgu Norehan (di mana cikgu kami tu sekarang ni...) sediakan kami milo susu panas dan biskut... ya Allah, berikanlah rahmat-Mu kepada bekas guruku yang sangat baik hati ini. Kami mengayuh basikal ke rumah Cikgu Norehan, walaupun cuaca panas terik, kami kuatkan semangat untuk mencari ilmu dan yang paling seronok sebab setiap kali belajar di rumahnya, Cikgu Norehan mesti sediakan minuman. Katanya (sampai sekarang saya ingat) minuman panas baik untuk kesihatan, jangan amalkan minum sejuk semasa cuaca panas... dan ada kaitannya dengan nanas tau... saya teringat salah seorang rakan yang sama-sama tuisyen iaitu Zaharah, membawa sebiji nanas sarawak yang besar dari kebun untuk cikgu Norehan... tak apalah, kalau diikutkan rasa nostalgia, tak cukup satu hari bercerita, nanti minuman saya tak jadi pula...
Bahan-bahan:
300 gram isi nanas (kisar dan tapis)
1 uncang teh (saya gunakan teh Sari Wangi)
3 cawan air
3 sudu madu / boleh gunakan gula batu
2 sudu teh jus limau nipis
Cara:
1. Masak jus nanas dengan air sehingga mendidih. Angkat.
2. Masukkan uncang teh dan madu serta jus limau nipis.
3. Kacau dan hidangkan.
Orang kata, minuman jenis begini ada khasiatnya... terutama kepada yang kurang selera makan, insya-Allah keinginan untuk makan akan timbul. Di samping itu, minuman begini boleh mengelakkan dari rasa mengantuk... agaknya kalau kita bawa anak sekeluarga jalan jauh, bolehlah buat minuman ini sebagai bekalan terutama untuk suami yang memandu... selamat mencuba.
0 comments