Sayur Campur Goreng Udang Geragau
10:03 PTGKerja menumis ni kerja paling mudah... bahan asas tentulah bawang putih dan bawang merah. kalau nak tambah perencah lain, ikut suka masing-masinglah. Petang ini saya masak sayur campur kacang buncis dengan lobak tapi saya tambah dua lagi sayur yang perlu direndam terlebih dahulu supaya kembang iaitu white fungus dan jelly snow-fu.
Bahan-bahan:
12 biji kacang buncis (potong ikut suka)
1/2 biji lobak merah (potong ikut suka)
1 kuntum white fungus (rendam15 minit dan carik-carik)
5 kuntum jelly snow-fu (rendam 15 minit dan potong 2)
1 genggam udang geragau (tumbuk halus)
3 biji bawang putih (tumbuk)
3 biji bawang merah (tumbuk)
1 sudu serbuk pati belacan
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan lobak merah dan masak selama 3 minit.
3. Masukkan white fungus dan jelly snow-fu dan masak lagi selama 3 minit.
4. Akhir sekali masukkan kacang buncis dan serbuk pati belacan.
5. Sayur campur goreng udang geragau siap untuk dihidangkan.
0 comments