Nasi Jagung Dengan Ayam Masak Merah
8:29 PTGSelamat malam semua.... hari ini Sabtu, esok Ahad... hari untuk bersama keluarga. Hari ini anak-anak ke sekolah untuk menghadiri kelas ganti sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Agaknya terlalu banyak makan limau mandarin, perut pun rasa semacam sejak dua tiga hari ini, tapi setelah minum setengah gelas 'eno' dan tidur seketika, rasa lega sedikit. Rasanya terlelap dalam seminit dua, tapi bila terjaga jam menunjukkan 5.15 petang... alamak!!!... belum masak...anak akan pulang dari sekolah 1 jam dari sekarang. Ikan belum direndam.... nasib baik tengahari tadi sempat beli beberapa keping ayam segar, masak ayamlah petang ni... terbayanglah wajah riang anak-anak bila mummy masak ayam... Dalam kalut kelam kabut, sempat siapkan nasi jagung dengan ayam masak merah... seringkas-ringkasnya. Hmmmm...nak jadi cerita, nak ambil jagung biji terambil jagung krim... dah dibuka... buat sajalah sup jagung he he.... jadi petang ni kami menjamu selera dengan bijirin jagung.... dan ayam masak merah saya mungkin sedikit berbeza dengan kebiasaan cara memasaknya sebab saya rebus ayam dan bukannya goreng... cubalah, anda akan dapat merasai perbezaannya....
Bahan-bahan nasi jagung:
4 cawan beras (sukatan rice cooker)
1 tin jagung biji
6 cawan air rebusan ayam
3 biji bawang putih (cincang)
3 cm halia muda (cincang)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 kiub ayam
4 sudu besar marjerin
Cara:
1. Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.
2. Masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali sekala sehingga beras kembang dan kering.
4. Pindahkan nasi ke dalam periuk pengukus. Masukkan jagung dan kukus selama 20-25 minit.
5. Nasi jagung siap untuk dihidangkan.
Saya fikir untuk menjimatkan masa dan mempercepatkan proses memasak, saya perlu buat kerja 3 dalam satu. Itu sebabnya saya rebus ayam, dan air rebusannya saya gunakan untuk masak nasi jagung dan selebihnya saya gunakan untuk masak sup jagung. Sebaik sahaja nasi jagung masuk ke dalam periuk pengukus, saya terus masak ayam sementara itu air rebusan ayam yang masih di dalam periuk, saya tambah dengan isi ayam untuk dijadikan sup jagung. Mari kita lihat betapa ringkas dan mudahnya ayam masak merah saya ini.
Bahan-bahan:
600 gram ayam segar (potong menjadi 10 bahagian) dan rebus hingga masak, toskan.
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 sudu serbuk pati ayam
3 sudu besar kacang pea
Bahan kisar:
5 biji cili merah (sebaiknya cili kering)
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
5 biji lada merah
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air rebusan ayam.
3. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak dengan api perlahan.
4. Tabur serbuk pati ayam.
5. Masukkan kacang pea.
6. Ayam masak merah sedia untuk dihidangkan bersama nasi jagung.
Sebaik-baiknya ada acar tetapi tak sempat buat sebab anak dah menunggu di meja makan..... makan je la....
4 comments
Sis , masa dihostel dlu , sy pernh mkn nasi jagung bersama sup daging . Bt sy ketagih . Tp dlm mna2 blog sy blum jupe lgi resepi mcm sy pernh mkn .
BalasPadamTapi sy lupe nk tnye , klau tanak terus guna rice cooker tp xkukus jadi x yee sis ???
BalasPadamunknown,
BalasPadamboleh
Saya pun masak nasi jagung dlm rice cooker..yg penting sukatannya kena betul
BalasPadam