Nasi Ayam Penyet
8:14 PTGNamanya sama, sebutan pun sama tapi cara hidangan selalunya berbeza. Setelah makan nasi ayam penyet di beberapa tempat dan meneliti resepi nasi ayam penyet di majalah tertentu, tibalah masanya saya pula mencuba resepi ini. Nasi ayam penyet ni berasal dari Indonesia.... biasanya ada tempe goreng... tu makanan tradisi orang Jawa ye... dan nama nasi ayam penyet dikatakan kerana sebelum dimakan, ayam goreng itu diketuk dulu supaya penyet.... ha.. macam-macam adanya cerita. Nampaknya hasrat untuk mengurangkan hidangan ayam dalam diet harian keluarga sudah tercapai... macam agak lama tak masak ayam. Kebetulan anak-anak baru balik dari mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolah, tentulah keletihan sampai tertidur di depan televisyen. Biarlah mereka tidur melepas lelah, saya pula ke dapur menyiapkan hidangan untuk anak-anak tersayang.... Semasa menghadiri mesyuarat di Tawau tempohari, saya sempat ke sebuah gerai makan yang terletak betul-betul di depan laut... angin yang nyawan, duduk di bangku di bawah pohon kelapa dan memesan nasi ayam penyet bersama suami, anak-anak memesan nasi goreng pattaya. Paling tidak dapat dilupakan ialah sup... sup yang mengandungi hirisan daun kemangi... tapi sebentar tadi saya lihat daun kemangi saya sudah kering layu akibat terlalu lama di dalam peti sejuk. Nasinya pula nasi biasa... bukan nasi ayam, tapi saya masak nasi berbeza sedikit... cuba dan olah resepi baru dengan apa sahaja bahan yang ada... Saya masak nasi ayam menggunakan air kelapa... air rebusan ayam...
Bahan-bahan untuk ayam goreng: (hidangan untuk keluarga saya: 5 orang)
3 keping ayam segar (bahagian peha)
2 biji air kelapa muda
2 kiub ayam
serbuk kunyit
1 sudu lada putih (tumbuk)
minyak
garam (jika suka lebih masin)
Bahan-bahan untuk nasi:
4 cawan beras (ikut sukatan rice cooker)
air rebusan ayam(saya gunakan air kelapa bekas merebus ayam)
3 cm halia muda (hiris halus)
4 biji bawang putih (hiris halus)
4 sudu besar marjerin
sehelai daun pandan
Bahan untuk sambal:
7 biji lada merah
7 biji biji cili padi
4 biji tomato
5 biji bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit belacan
1 batang serai (diketuk)
garam & perasa jika suka
gula
minyak
Bahan ulam-ulaman:
2 biji terung taiwan
1 batang tempe
1 rumpun daun salad
2 biji tomato
Cara:
1. Panaskan air kelapa dalam periuk. Masukkan kiub ayam dan rebus ayam hingga masak.
2. Toskan ayam. Gaul dengan serbuk kunyit dan lada putih. Jika kurang masin, bolehlah tabur secubit garam.
3. Goreng ayam tadi dan ketuk (penyetkan) ketika hendak dihidangkan.
4. Untuk nasi, panaskan kuali dan cairkan marjerin. Goreng halia dan bawang putih serta daun pandan hingga naik bau. (Sementara itu, didihkan air dalam pengukus)
5. Tuangkan lebihan air kelapa rebusan ayam tadi ke dalam kuali dan biarkan mendidih.
6. Masukkan beras dan biarkan hingga kembang. Kacau supaya nasi tidak melekat di kuali.
7. Setelah beras kembang dan airnya kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus. Biarkan selama 20-25 minit.
8. Untuk sambal pula, kisar semua bahan untuk membuat sambal kecuali serai. Tumis sehingga pecah minyak.
9. Taburkan sedikit garam di atas tempe dan terung. Goreng berasingan.
10. Nasi ayam penyet siap untuk dihidangkan tetapi saya tidak menyediakan sup kerana habis air rebusan ayam tadi digunakan untuk memasak nasi.
Apa yang membezakannya ialah hasil nasi saya....lebih berkilat dan cantik berbanding nasi ayam biasa. Mungkin penggunaan air kelapa membuatkan nasi ayam saya lebih ummpphhh......
Saya belajar memasak dengan menggunakan pengukus daripada keluarga sebelah suami. Tidak perlu bimbang nasi mentah atau lembek. Memang sangat beruntung dapat ilmu begini... sebab boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan yang paling penting.... lambat basi.... Ok... selamat mencuba ye... jangan takut, dijamin sedap...tak tipu punya...gunakanlah air kelapa muda (kalau nak guna air kelapa tua,mungkin boleh kot)
0 comments