Acar Rampai
5:15 PTGAcar rampai saya mudah saja. Sebab tak mahu pedas, saya tidak bubuh lada kisar. Sebaik-baiknya rendam dulu timun di dalam air kapur makan supaya rangup, tapi saya tak ada kapur. Inilah hasil acar rampai saya untuk hari ini, dan dimakan bersama nasi tomato...
Bahan-bahan:
1 biji timun (potong panjang)
1 batang lobak (potong panjang)
2 biji lada merah (belah 2)
2 biji lada hijau (belah 2)
15 biji bawang putih
3 cm halia muda (potong memanjang)
1 labu bawang besar (potong ikut suka)
1/2 cawan cuka makan
1/2 cawan gula
1 sudu garam
1 sudu kunyit
1 sudu biji sawi (sangan terlebih dahulu)
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
2. Masukkan lobak dan serbuk kunyit. Kacau rata.
3. Masukkan timun dan disusuli dengan cuka.
4. Masukkan gula, garam dan biji sawi. Gaul seketika.
5. Acar rampai siap untuk dihidangkan.
1.Panaskan minyak
0 comments