Kacang Bendi Goreng Udang Geragau
7:51 PTGSaya terlupa .... tersimpan udang geragau dalam peti sejuk. Harganya tidak semahal mana tetapi disebabkan kuantitinya yang agak banyak (ringan), lama juga untuk menghabiskannya. Petang tadi saya ambil segenggam dan rendam seketika untuk memisahkan bendasing di dalamnya, dan saya gunakan sebagai bahan perencah dalam masakan sayur kali ini.... kacang bendi goreng udang geragau.... kata suami dan anak-anak (semasa mereka pulang menjelang Maghrib tadi... baunya sampai ke luar rumah.... bau apa tu.... tak lain tak bukan campuran udang geragau dengan lada dan bawang....)
Bahan-bahan:
12 biji kacang bendi (cuci, tos dan potong)
Bahan untuk ditumbuk:
1 genggam udang geragau
3 biji lada merah
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah
garam & perasa (jika suka)
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali (lebihkan sedikit).
2. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang bendi dan gaul rata dengan perencah.
4. Masukkan garam dan perasa.
5. Siap.
Orang kata sayur bendi ni bagus untuk pengidap diabetis..... saya belum mengetahuinya dengan lebih lanjut....
0 comments