Ikan Kerapu Merah Masak Singgang
7:37 PTGApabila disebut masak pindang, memang saya terus teringat masakan bonda saya sewaktu kami kecil dahulu. Oleh kerana pasar ikan agak jauh dari kampung, setiap kali turun ke Sungai Buluh, ayah atau bonda akan membeli ikan dalam kuantiti yang banyak. Biasanya mereka akan membeli ikan kerisi, gelama, ikan baguk dan ikan sardin. Waktu itu belum ada bekalan elektrik, jadi tiadalah peti sejuk. Selain digoreng hingga garing kesemua ikan supaya tahan untuk beberapa hari, bonda sangat suka masak pindang. Apa yang saya ingat ialah, bonda susun ikan dalam periuk, tabur kunyit dan garam kasar.... saya kurang pasti apa bahan lain yang bonda masukkan. Yang saya dengar... bonda suka sebut perkataan pindang....pindang... ikan masak pindang. Hmmm.... lebih kurang seperti gambar di bawahlah... bezanya masak pindang bonda tidak ditaruh cili..... dan saya terlupa masukkan kunyit... masak pindang bonda biasanya diletak kunyit dan kuahnya tidaklah melimpah seperti air bah macam kuah masak pindang saya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu merah (potong 2)
1 biji terung taiwan (potong 8)
5 biji kacang bendi
1 keping asam jawa
garam & perasa jika suka
Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1.5 cm halia
15 biji cili padi (cili padi saya kecil2)
Cara:
1. Panasakan 400 ml air dalam periuk. Masukkan bahan-bahan tumbuk. Biarkan mendidih.
2. Masukkan terung, ikan dan asam keping. Biarkan hingga masak.
3. Masukkan kacang bendi. Masukkan garam dan perasa.
4. Siap untuk dihidangkan.
0 comments